8 Tahun Mencari, Anggota Polis Mendapat Penderma Buah Pinggang Dari Orang Yang Paling Tak Disangkanya

Seorang anggota polis mendapat kejutan yang tidak disangka-sangka apabila menerima buah pinggang daripada wanita yang pernah ditangkapnya pada 2007.8 Tahun Mencari, Anggota Polis Mendapat Penderma Buah Pinggang Dari Orang Yang Paling Tak Disangkanya

Jocelynn James, 40, memberitahu dia terbaca status Facebook anak Potter yang mengatakan ayahnya Terrell Potter mencari penyumbang buah pinggang.

Sebaik sahaja mendapat maklumat lanjut tentang Potter, Jocelynn menghubunginya dan memberitahu hasratnya kepada keluarga Potter.

Jocelynn bekas penagih dadah sudah lama pulih daripada ketagihan dadahnya selepas berjuang dengan penuh keperitan untuk membuang tabiat buruk tersebut.

Ketagihannya pada dadah menyebabkannya hilang kereta dan pekerjaannya. Malah dia sering kali memecah masuk rumah orang dan mencuri gara-gara perlukan wang untuk membeli dadah.

8 Tahun Mencari, Anggota Polis Mendapat Penderma Buah Pinggang Dari Orang Yang Paling Tak Disangkanya

Dia pernah ditangkap 16 kali antara 2007 dan 2012 dan namanya termasuk dalam senarai “Orang paling dikehendaki polis”.

Menurutnya pada satu malam dia terlihat namanya terpampang di televisyen sebagai “penjenayah” yang dicari polis dan ketika itu timbul perasaan “benci dengan cara kehidupannya.”

Keesokan harinya dia menyerah diri dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan. Jocelynn kemudiannya mendaftar diri di pusat rehabilitasi sembilan bulan.

8 Tahun Mencari, Anggota Polis Mendapat Penderma Buah Pinggang Dari Orang Yang Paling Tak Disangkanya

 

Kini dia bertugas membantu mereka yang mempunyai masalah sepertinya untuk kembali ke pangkal jalan.

Dalam pada itu Potter memberitahu dia sudah menunggu lapan tahun mendapatkan buah pinggang baru ketika Jocelynn terlihat status tersebut.

Pembedahan pemindahan buah pinggang itu dilakukan di Hospital Universiti Vanderbilt Nashville dan kedua-dua mereka sudah beransur pulih.

Facebook Comments Box