Bagi kebanyakkan orang, bila sebut sahaja BOMBA atau APM, mesti dalam kepala otak mereka akan terfikir akan kerja-kerja menyelamat dan bantuan yang mereka lakukan terhadap masyarakat yang memerlukan.
Satu kejadian di Miri, Sarawak melibatkan anggota Bomba menjadi tular di media-media sosial. Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah seorang anggota Bomba berusaha menyelamatkan seekor kucing yang dikeluarkan dalam kebakaran di Miri.
Kucing tersebut terperangkap dalam kebakaran dan meskipun berjaya dibawa keluar oleh pemiliknya, namun keadaan kucing itu sudah kritikal.
Anggota Bomba yang dikenali sebagai Mohamad Ainli Akhbar bagaimanapun tetap berusaha menyelamatkannya dengan memberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) serta bantuan pernafasan melalui mulut.
VIDEO (Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak):
Walaubagaimanapun, selepas 30 minit mencuba, kucing tersebut tidak dapat diselamatkan kerana sudah menghidu terlalu banyak asap tebal akibat kebakaran.
Antara komen-komen netizen:
Kesungguhan dan usaha gigih anggota Bomba itu bagaimanapun telah mendapat pujian netizen yang terharu dengan tindakannya yang berusaha sedaya upaya menyelamatkan kucing berkenaan.