“Abang Bomba Jangan Potong Kaki Saya!” – Jerit Budak Lelaki Tersepit Kaki Dalam Lubang Longkang

“ABANG bomba jangan potong kaki saya!” Itu jerit seorang kanak-kanak lelaki lapan tahun yang cemas melihat anggota bomba mengeluarkan peralatan khas untuk memecahkan simen longkang bagi membebaskan kakinya yang terperangkap.sajagempak.com - “Abang Bomba Jangan Potong Kaki Saya!” - Jerit Budak Lelaki Tersepit Kaki Dalam Lubang Longkang

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Muhammad Fairuz Ibrahim terpaksa menahan sakit kira-kira sejam selepas sebahagian kaki kirinya tersepit dalam lubang aliran air pada longkang kecil berhampiran kediaman jirannya di Lot 22 Kampung Pasir, Ulu Yam Baru di Hulu Selangor.

Bomba yang menerima laporan kejadian pada jam 5.49 petang, menghantar dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu ke lokasi.

sajagempak.com - “Abang Bomba Jangan Potong Kaki Saya!” - Jerit Budak Lelaki Tersepit Kaki Dalam Lubang Longkang

Pasukan bomba yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Shafie mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut separas buku lali pada saluran Polyvinyl Chloride (PVC) itu.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang terperangkap dalam lubang saliran air.

“Mangsa cemas bila kita keluarkan peralatan untuk memecahkan longkang, dia ingat anggota bomba nak memotong kakinya.

sajagempak.com - “Abang Bomba Jangan Potong Kaki Saya!” - Jerit Budak Lelaki Tersepit Kaki Dalam Lubang Longkang

“Namun kita dan ahli keluarganya minta dia bertenang termasuk mengalih perhatiannya dengan menyuruhnya membaca doa-doa, tetapi tak sangka dia turut membaca doa sebelum makan.

“Memang sedikit melucukan namun cara itu berjaya menenangkan dia dan memudahkan kita melakukan tugas untuk mengeluarkan kakinya yang terperangkap,” kata Rosdi ketika dihubungi NSTP

Difahamkan, Muhammad Fairuz sedang bermain sebelum tergelincir dan kakinya termasuk ke dalam saluran PVC pada longkang itu.

sajagempak.com - “Abang Bomba Jangan Potong Kaki Saya!” - Jerit Budak Lelaki Tersepit Kaki Dalam Lubang Longkang

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, memaklumkan anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memecahkan longkang berkenaan bagi mengeluarkan kaki mangsa.

“Sebaik kakinya berjaya dikeluarkan, anggota EMRS kemudian melakukan pemeriksaan ke atas kaki kanak-kanak terbabit.

“Mangsa disahkan hanya mengalami kecederaan ringan dengan sedikit lebam dan calar sebelum diserahkan kepada keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Facebook Comments Box