Sudah menjadi lumrah dalam perniagaan sama ada meniaga kecil-kecilan mahupun besar-besaran, sudah pasti akan ada untung atau rugi. Lebih-lebih lagi bagi peniaga jalanan dimana kadangkala jualan mereka laku dan kadangkala mungkin kurang pelanggan atau tiada pelanggan langsung.
Seorang wanita yang dikenali sebagai Munirah Ramli berkongsikan kisahnya yang menemui seorang peniaga warga emas yang mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Dari jauh, pakcik itu melambai-lambai tangan ke arahnya dan berkata,
“Pak cik jual kerepek, adik nak beli tak. Kalau beli adik pelanggan pertama pak cik hari ni”
“Dari jauh pak cik ini melambai-lambai, along tak kenal pak cik ni. Nak pergi dekat ke tak. Terus pergi kat pak cik ni. Pak cik itu memberitahu bahawa dia ada menjual kerepek dan saya merupakan pelanggan pertama sekira membelinya.
“Allahuakbar, terus along beli satu. Along juga meminta izin pak cik tersebut untuk bergambar bagi menggalakkan orang ramai membeli dengannya. Terus wajah pak cik itu happy,” kata Munirah Ramli.
Menurut salah seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai LiezaRazaly, pakcik itu berniaga di sekitar Kemaman, Terengganu.
“Kalau tak silap saya, pak cik ini berniaga di kawasan Kemaman, Terengganu dan kerepek yang dijual pak cik ini juga sedap. Saya turut mendoakan pak cik itu murah rezeki,”ujarnya.
Sementara KhuIbrahim berkata, sebelum ini ada terlihat pak cik berkenaan berdiri menunggu pelanggan di bawah terik matahari.
“Sabtu hari itu ada nampak pak cik ni di kawasan tersebut, kesian dia berdiri tengah panas sementara menunggu pelanggan membeli kerepeknya”
Perkongsian Munirah Ramli menjadi tular dan mencuri perhatian netizen, rata-rata komen meluahkan rasa sebak melihat wajah peniaga warga emas berkenaan yang berusaha untuk mencari pelanggan demi sesuap nasi.