Tidak dinafikan ramai orang yang sukakan barang kemas dan kebanyakan daripada mereka ini biasanya menyimpan barang kemas mereka di satu tempat atau satu bekas yang tersendiri. Namun apa perasaan anda jika bekas mengandungi barangan kemas anda tiba-tiba hilang atau kena buang secara tidak sengaja? Mesti anda rasa takut dan cemas bukan?
Itulah apa yang berlaku kepada wanita ini dimana bekas mengandungi koleksi barangan kemas telah dibuang dengan secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya. Bekas yang mengandung barangan kemas bernilai kira-kira RM70,000 itu telah dibuang bersama-sama dengan sampah lain di rumahnya.
Sebaik sahaja menyedari bekas mengandungi barangan kemas itu telah dibuang, wanita ini pun mencari dalam tong sampah, tetapi sampah-sampah sudah dikutip dan dibawa oleh pekerja pembersihan.
Wanita berkenaan pun segera pergi ke tapak pelupusan sampah di Kulim dengan harapan dapat menui semula barangan kemas miliknya. Sampai disana, dia dimaklumkan sampah-sampah itu belum sampai di Kulim, dan dia pun segera pergi ke depoh di Sik.
Wanita itu pun menyelongkar sampah di depoh syarikat untuk mencari bekas barang kemas miliknya sambil dibantu oleh beberapa pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman).
Akhirnya pencarian mereka yang bermula sekitar jam 8 pagi itu membuahkan hasil apabila barangan kemas itu berjaya ditemui kira-kira 30 minit kemudiannya.
Barangan kemas yang disimpan dalam bekas berwarna hijau berjaya ditemui semula.
Wanita berkenaan berasa lega dan bersyukur kerana berjaya menemukan semula barangan kemas miliknya. Dia turut berterima kasih berkali-kali kepada petugas E-Idaman yang telah membantu dalam pencariannya.