Gara-gara ketawa besar dan terlalu kuat, seorang ditimpa masalah besar apabila tidak dapat menutup mulutnya. Dikatakan wanita tersebut mengalami kekejangan pada rahang selepas ketawa besar di dalam kereta api.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika wanita berkenaan dalam perjalanan pulang dan terhibur dengan sesuatu, lantas ketawa terbahak-bahak dengan kuatnya.
Akibat daripada kekejangan ini, seorang penumpang dalam kereta api yang juga merupakan seorang doktor tampil memberi rawatan kepada beliau.
Pada awalnya, doktor yang merawat, Dr Wengsheng melihat wanita berkenaan tidak dapat bercakap dan menutup mulut menyangka beliau mengalami strok, hingga menyebabkan air liurnya meleleh keluar.
Selepas diperiksa, rahang wanita itu didapati terkehel akibat daripada membuka mulut terlalu besar. Doktor yang merawatnya berjaya membetulkan rahang wanita tersebut tidak lama kemudian.
Memang betul ketawa itu adalah satu perkara yang baik, antara manfaat yang kita peroleh dengan ketawa ialah:
Memperbaiki hubungan sesama manusia.
Orang yang senang ketawa biasanya lebih disenangi dan disukai orang. Asalkan ia tidak melampaui atas dan ia bantu memperbaiki hubungan sesama kita.
Otot-otot bersenam.
Tubuh badan kita bekerja seperti sedang bersenam ketika ketawa. 80 jenis otot tubuh akan mengecut dan berehat secara berirama. Kebanyakkannya otot-otot di bahagian perut,belakang badan dan muka.
Mengurangkan Stress
Orang yang ketawa akan dapat mengurangkan stress selain dapat menceriakan orang lain
Walaubagaimanapun, jika ketawa biarlah berpada dan jangan keterlaluan, takut boleh membuatkan orang sekeliling tidak selesa. lagi teruk, kalau jadi seperti nasib wanita ini.
Sumber: NDTV