Akad Nikah ‘Tanpa Suara’ Pasangan Pengantin Undang Sebak Netizen

Satu perkongsian seorang pengguna Twitter yang memaparkan momen indah pengantin lelaki ‘melafazkan’ nikah dalam bahasa isyarat mengundang sebak ramai. Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pastinya akan melalui proses ijab dan kabul. sajagempak.com - Akad Nikah ‘Tanpa Suara’ Pasangan Pengantin Undang Sebak Netizen

Detik ini akan menjadi satu momen yang paling indah namun mendebarkan lebih-lebih lagi setiap tetamu yang hadir memberikan sepenuh tumpuan khususnya kepada pengantin lelaki bagi mendengar setiap kata yang dilafazkan.

Namun berbeza dengan pasangan yang tular baru-baru ini, pengantin lelaki dilihat melafazkan akad dengan menggunakan bahasa isyarat. Terharunya!

sajagempak.com - Akad Nikah ‘Tanpa Suara’ Pasangan Pengantin Undang Sebak Netizen

Menerusi perkongsian dibuat pengguna Twitter yang juga merupakan kenalan pengantin tersebut, lelaki bernama Faiz itu dilihat berkomunikasi serta melafazkan akad buat bakal isterinya dengan menggunakan bahasa isyarat.

Apa yang menyentuh hati, perbuatan lelaki itu dilihat sungguh tenang dan lancar meskipun dia berada di hadapan ramai tetamu ketika itu.

sajagempak.com - Akad Nikah ‘Tanpa Suara’ Pasangan Pengantin Undang Sebak NetizenBerdasarkan perkongsian yang dibuat pengguna Twitter ini, pasangan itu sudah mula berkenalan sejak berada di bangku sekolah dan kedua-dua mereka mempunyai masalah pendengaran dan percakapan.

sajagempak.com - Akad Nikah ‘Tanpa Suara’ Pasangan Pengantin Undang Sebak Netizen

Katanya ketika majlis ijab dan kabul itu, pengantin lelaki tersebut turut dibantu oleh gurunya ketika di sekolah dahulu yang menjalankan tugas sebagai penterjemah.

sajagempak.com - Akad Nikah ‘Tanpa Suara’ Pasangan Pengantin Undang Sebak Netizen sajagempak.com - Akad Nikah ‘Tanpa Suara’ Pasangan Pengantin Undang Sebak NetizenRata-rata yang menonton video berkenaan berasa tersentuh dan sebak dengan momen yang jarang-jarang berlaku itu.

VIDEO:

Setakat ia dikongsikan, video itu berjaya meraih hampir 30k rt dan lebih 38k tanda suka. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia ke anak cucu buat pasangan pengantin baru ini.

Sumber: Twitter eriinkahar

Facebook Comments Box