‘Alasan Nak Sahur Bersama..’ Suami Orang Dan Isteri Orang Dicekup Khalwat

JITRA: Cubaan seorang lelaki melarikan diri melalui bumbung dari bilik air rumah untuk mengelak daripada dicekup berkhalwat gagal apabila dia ditahan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).sajagempak.com - 'Alasan Nak Sahur Bersama..' Suami Orang Dan Isteri Orang Dicekup Khalwat

Dalam kejadian jam 12.45 pagi tadi, lelaki berusia 40-an yang masih berstatus suami orang itu dicekup berkhalwat di rumah wanita yang juga masih isteri orang di sebuah rumah kampung di daerah ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-undang dan Syariah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata pemeriksaan diketuai Mohamad Ihsanuddin Mohd Azahar selepas menerima aduan awam berhubung kes khalwat di kawasan itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita berusia 40-an itu tinggal di rumah berkenaan bersama anak perempuannya yang berusia lingkungan 13 tahun.

“Ketika serbuan dilakukan, anggota kami mendapati lelaki berkenaan masuk melalui bilik air rumah itu untuk melarikan diri di atas bumbung rumah berkenaan tetapi gagal apabila rumah itu dikepung anggota PADKP.

sajagempak.com - 'Alasan Nak Sahur Bersama..' Suami Orang Dan Isteri Orang Dicekup Khalwat

“Berikutan itu, dia ditahan dan hasil soal siasat mendapati lelaki itu sudah beberapa hari menumpang di rumah wanita itu malah memberi alasan untuk bersahur bersama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, hasil soal siasat juga mendapati wanita itu masih isteri orang dan dalam proses untuk berpisah dengan suaminya.

Beliau berkata, mereka memberi alasan mempunyai masalah dengan pasangan masing-masing namun alasan itu tidak membolehkan mereka tinggal bersama tanpa sebarang ikatan.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya,” katanya. – Berita Harian

Facebook Comments Box