Anak 2 Tahun Tercampak Ke Tengah Jalan

Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang boleh digambarkan mengenai nasib seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terselamat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), semalam.sajagempak.com - Anak 2 Tahun Tercampak Ke Tengah Jalan

Walaupun tercampak keluar dari kereta dipandu bapanya, mangsa bernasib baik apabila pemandu kereta lain di belakang menghentikan kenderaan sebaik menyedari kelibat kanak-kanak terbaring di lorong kanan lebuh raya.

Kejadian dilaporkan jam 3.21 petang semalam, di Kilometer (KM) 235.5, Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Linggi, Negeri Sembilan.

Difahamkan, kanak-kanak itu tercampak selepas kenderaan dipandu bapa mangsa diIanggar dari belakang oleh kenderaan lain yang dipandu secara melulu dan berbahaya.

Insiden itu menarik perhatian umum selepas video kemalangan berkenaan tular di media sosial.

sajagempak.com - Anak 2 Tahun Tercampak Ke Tengah Jalan

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abd Kadir, berkata kejadian berlaku sekitar jam 3.21 petang membabitkan dua kenderaan Perodua Myvi dan Honda Jazz yang dipandu secara berbahaya.

“Ketika melalui KM 235.5 Lebuhraya Senawang-Ayer Keroh arah utara, kenderaan Perodua Myvi dipandu di lorong kiri lebuh raya manakala kereta jenis Honda Jazz memandu di lorong kanan.

“Kedua-dua kenderaan terbabit kemudian mengubah haluan dan menghimpit kereta Honda Civic yang berada di lorong kanan.

“Tindakan itu menyebabkan pemandu kereta Honda Civic hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang lebuh raya dan kemudiannya terlanggar bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi di lorong tengah.

sajagempak.com - Anak 2 Tahun Tercampak Ke Tengah Jalan

“Akibat perlanggaran itu, seorang penumpang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di dalam kereta Honda Civic tercampak keluar dan terjatuh di atas lorong kanan lebuh raya.

“Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya, hari ini.

Ibrahim berkata, siasatan lanjut mendapati dua kenderaan dipandu secara berbahaya dan tindakan sedang diambil mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000,” katanya.

VIDEO:

VIRAL | Budak Tercampak Dari Kereta

VIRAL | Budak Tercampak Dari Kereta Padah sikap pemandu Malaysia yang cuai.Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun mengalami kecederaan setelah tercampak dari kenderaan yang dipandu oleh bapanya akibat kemalangan di Kilometer 235.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Pedas Linggi dekat Rembau, Negeri Sembilan, petang semalam.

Dikirim oleh Buletin TV3 pada Selasa, 11 Februari 2020

Berdasarkan rakaman video berdurasi selama 59 saat itu, sejurus tercampak keluar, mangsa diselamatkan seorang pemandu lori yang berhenti di lokasi kejadian.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box