Anak Kena Hempap Serpihan Casing Lampu Jatuh, Kaca Terpacak Di Dahi

Seorang wanita berkongsikan kisah yang menjadi ‘mimpi ngeri’ buat dirinya apabila anaknya kena hempap casing lampu yang tiba-tiba jatuh dari siling. Jom kita baca perkongsian wanita ini yang dikenali sebagai Nadiah Hashim.Anak Kena Hempap Serpihan Casing Lampu Jatuh, Kaca Terpacak Di Dahi

Sempena masuk bulan Oktober, saya nak mengimbau mimpi ngeri 17 Oktober 2017. Waktu tu, Hana berusia 11 bulan. Kami memang tidur bentang tilam di ruang tamu (rumah sewa) atas faktor takut anak jatuh katil.

Petang, selepas mandikan Hana, saya baringkan dia. Toleh ke belakang sekejap sebab nak capai baju tidur dia. Masa toleh tu tiba-tiba ada bunyi benda hentam kuat sangat. Saya tolehlah ke dapur, fikir agaknya ada lori hentam apa-apa kot. Bila toleh ke depan rupanya casing lampu hempap Hana.

sajagempak.com - Anak Kena Hempap Casing Lampu Jatuh, Kaca Terpacak Di Dahi

Kaca bersepai sekeliling. Casing lampu tu bengkok. Sebelum ni lampu elok je melekat di siling, takde tanda-tanda nak jatuh.

Hana terdiam. Saya terus angkat, terkejut tengok dahi dia ada kaca besar terpacak, serpihan halus merata kat atas kepala anak, muka, dalam telinga. Darah keluar macam air. Saya dah panik menjerit panggil suami.

Terus balut Hana pakai tuala je, letak lampin atas kepala. Perjalanan ke hospital, sempatlah saya keluarkan serpihan kaca halus dari telinga, mata, muka. Sampai hospital, doktor cuci kepala, balut dahi.sajagempak.com - Anak Kena Hempap Casing Lampu Jatuh, Kaca Terpacak Di Dahi

Kaca terbenam dalam dahi

Kena mula puasa pukul 10 malam sebab esok pagi Hana akan masuk Operation Theatre. Kesian Hana sepanjang malam menangis haus susu. Esoknya dalam OT saya teman Hana masa doktor bagi gas.

sajagempak.com - Anak Kena Hempap Casing Lampu Jatuh, Kaca Terpacak Di Dahi

Bila doktor minta keluar, sayu hati tengok anak terkulai pengsan. Bila dah siap, leganya hati. Doktor tunjuk serpihan kaca yang terbenam dalam dahi. Besar juga. Ada 3 kaca. Alhamdulillah sepanjang recovery tu Hana kuat. Bulan depan masuk umurnya 4 tahun. Doakan Hana sentiasa sihat ye uncles aunties.

sajagempak.com - Anak Kena Hempap Casing Lampu Jatuh, Kaca Terpacak Di Dahi

Pengajaran yang saya dapat, usahalah sebaik mungkin untuk mencegah apa-apa kemalangan daripada terjadi.

sajagempak.com - Anak Kena Hempap Casing Lampu Jatuh, Kaca Terpacak Di Dahi

Tapi sekiranya Allah takdirkan, terima dengan sabar, redha, dan pasti ada hikmahnya. Kejadian ini buat saya lebih berhati-hati dan lebih hargai anak-anak kerana entah bila Allah boleh ambil mereka. Mereka hanyalah pinjaman. Terima kasih kerana sudi membaca.

Sumber: Nadiah Hashim

Facebook Comments Box