Anak Perempuan Umur 6 Tahun Nyaris Tercekik Selepas Makan Nugget Ayam McDonalds Yang Dimasak Bersama Serpihan Topeng Muka

Anak Perempuan Umur 6 Tahun Nyaris Tercekik Selepas Makan Nugget Ayam McDonalds Yang Dimasak Bersama Serpihan Topeng Muka.sajagempak.com - Anak Perempuan Umur 6 Tahun Nyaris Tercekik Selepas Makan Nugget Ayam McDonalds Yang Dimasak Bersama Serpihan Topeng Muka

Seorang ibu berang apabila menemui serpihan topeng muka di dalam nuget ayam yang dibelinya di sebuah restoran makan segera.

Kejadian tersebut menyebabkan anak perempuannya tersedak ketika menikmati makanan.

Laura Arber berkata, dia membuat penemuan itu di dalam sekurang-kurangnya 20 nuget yang dibelinya untuk anak-anaknya di cawangan di Aldershot di England, pada Selasa. Ibu berusia 32 tahun itu membawa tiga daripada empat anaknya ke sebuah restoran makanan sgera untuk mengambil pesanan sebelum pulang ke rumah.

sajagempak.com - Anak Perempuan Umur 6 Tahun Nyaris Tercekik Selepas Makan Nugget Ayam McDonalds Yang Dimasak Bersama Serpihan Topeng Muka

 

Katanya, semasa di rumah, anak perempuannya berusia enam tahun tersedak.

“Anak saya mula tersedak dan bila saya masukkan jari dalam mulut untuk mengeluarkan dari kerongkongnya, saya dapati ada sesuatu berwarna biru,” katanya.

“Saya tak fikir ia adalah nuget tapi bila tengok dalam kotak nuget saya dapat lihat banyak serpihan biru dalam nuget ayam lain.

“Ia dimasak bersama topeng muka. Ia jelas adalah topeng muka,” katanya,

Laura kemudian menghubungi restoran itu dan menjelaskan perkara yang berlaku.

sajagempak.com - Anak Perempuan Umur 6 Tahun Nyaris Tercekik Selepas Makan Nugget Ayam McDonalds Yang Dimasak Bersama Serpihan Topeng Muka

 

Seorang jurucakap restoran makanan segera itu berkata: “Kami amat kesal dengan pengalaman pelanggan. Keselamatan makanan adalah keutamaan kami dan kami memberi penekanan bahawa kawalan kualiti mengikut standard yang ketat bagi mengelakkan sebarang isu.

“Berhubung perkara itu, kami memohon maaf, dan menawarkan bayaran balik dan meminta pelanggan untuk mengembalikan makanan itu untuk kami melakukan siasatan lanjut dan mengasingkan produk yang terjejas,” katanya.

Sumber: Mirror

Facebook Comments Box