Anjing Setia Menunggu Tuannya Di Tepi Jalan Selama 4 Tahun Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula

Selama 4 Tahun, Anjing Ini Setia Tunggu Tuannya Di Tepi Jalan Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula Suatu Hari kemudiannya. Seekor anjing yang hilang di Thailand akhirnya ditemukan semula dengan pemiliknya selepas menunggu lebih empat tahun di tepi jalan raya.sajagempak.com - Anjing Setia Tunggu Tuannya Di Tepi Jalan Selama 4 Tahun Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula

Kisahnya, seorang netizen Thai berkongsi kisah anjing yang telah setia menunggu tuannya di tempat yang sama (tepi jalan) selama empat tahun, lapor China Press. Menurut netizen itu, anjing yang dinamakan Leo itu pertama kali dilihat oleh seorang pejalan kaki wanita.

Ia dilaporkan sesat, tanpa makanan atau air selama beberapa hari. Malah, ia juga mula kehilangan bulu dan menderita akibat penyakit kulit.

sajagempak.com - Anjing Setia Tunggu Tuannya Di Tepi Jalan Selama 4 Tahun Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula

 

Pejalan kaki itu kemudiannya mula memberikan anjing itu makanan dan cuba membawanya pulang untuk menjaganya. Bagaimanapun, ia kembali ke lokasi yang sama dia ditemui dan tidak mahu tinggal di rumah pejalan kaki berkenaan. Menyedari haiwan itu tidak mahu mengikutinya pulang, dia mengambil keputusan untuk tetap memberikan makanan kepadanya selama empat tahun.

sajagempak.com - Anjing Setia Tunggu Tuannya Di Tepi Jalan Selama 4 Tahun Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula sajagempak.com - Anjing Setia Tunggu Tuannya Di Tepi Jalan Selama 4 Tahun Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula

Selepas kisah itu menjadi tular di Thailand, seorang netizen tampil dengan satu komen yang mula bertanyakan mengenai haiwan itu. Jelasnya, anjing berkenaan seakan-akan anjing sepupunya, BonBon, yang telah hilang selama empat tahun.

sajagempak.com - Anjing Setia Tunggu Tuannya Di Tepi Jalan Selama 4 Tahun Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula

 

Dia kemudiannya pergi ke jalan tersebut untuk mengesahkan sama ada ia adalah anjing yang sama. Ternyata, ia sememangnya anjing milik sepupunya yang hilang selama empat tahun. Leo, tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila bertemu kembali dengan tuan lamanya.

Tuannya turut menjelaskan bahawa anjing tersebut hilang ketika dia berhenti di persimpangan dan dia menganggap bahawa anjingnya itu telah bertemu dengan pemilik yang baharu.

Bagaimanapun, Leo kini tidak pulang ke rumah tuannya. Dia mengambil keputusan untuk terus bersama dengan pejalan kaki yang memberinya makan selama empat tahun ketika ia sesat.

sajagempak.com - Anjing Setia Tunggu Tuannya Di Tepi Jalan Selama 4 Tahun Sebelum Akhirnya Mereka Dapat Bertemu Semula

 

Meskipun Leo gembira bertemu dengan tuan lamanya, dia keberatan untuk meninggalkan tempat tersebut. Maka, tuan lamanya dan penjalan kaki wanita yang menjaganya selama ini berbincang dan mengambil keputusan untuk biarkan BonBon (Leo) terus tinggal di tempat tersebut. Manakala tuan lamanya boleh pergi melawatnya pada bila-bila masa.

Sumber: Astro Awani

Facebook Comments