‘Apabila Dia Hina Cakap Saya Dahagakan Publisiti, Ia Sangat Kelakar..’ – Dato Aliff Syukri Beri Respon Pada Ali Puteh

“KEDATANGAN saya dialu-alukan. Saya bukan main terjah saja. Sebelum bertanya soalan, saya sudah minta izin termasuk nak rakam dan siarkan secara langsung di Facebook dan Instagram,” kata usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman berhubung status dimuat naik pelawak, Ali Puteh yang mendakwa dirinya sengaja mengambil kesempatan terhadap balu Allahyarham Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali.sajagempak.com -  ‘Apabila Dia Hina Cakap Saya Dahagakan Publisiti, Ia Sangat Kelakar..’ - Dato Aliff Syukri Beri Respon Pada Ali Puteh

Aliff berkata, kunjungan ke rumah keluarga Nurhidayah di Sabak Bernam semalam adalah untuk memberikan zakat dan sumbangan selain bertanya khabar selepas kehilangan suami tercinta pada 10 Februari lalu.

Bagaimanapun, Aliff meluahkan rasa kecewa apabila niat baiknya itu disalah erti Ali Puteh sehingga dirinya menerima pelbagai kecaman dan ugutan daripada orang ramai.

“Saya tidak tahu menahu masalah yang berlaku dalam keluarga mereka. Saya juga tidak burukkan dan sebut nama sesiapa dalam video itu. Saya hanya nak berikan zakat dan sumbangan.

sajagempak.com -  ‘Apabila Dia Hina Cakap Saya Dahagakan Publisiti, Ia Sangat Kelakar..’ - Dato Aliff Syukri Beri Respon Pada Ali Puteh

“Balu arwah memang tahu saya dan pasukan nak datang. Dia siap sediakan makanan lagi. Kalau nak tahu, sebelum rakaman dan siaran langsung itu dibuat, Nurhidayah terlebih dahulu bercerita situasi yang dilalui.

“Jadi, apabila dia (Ali) hina cakap saya dahagakan publisiti, ia sangat kelakar. Saya sudah lama terkenal. Saya kaya bukan sebab saluran YouTube. Jadi, saya tidak perlu mencipta atau sengaja mengambil kesempatan orang lain bagi tujuan kandungan YouTube,” katanya.

Sehubungan itu, Aliff berkata buat masa sekarang dia tidak mahu mengulas panjang mengenai status dimuat naik Ali kerana dia dalam merancang untuk mengambil tindakan susulan.

sajagempak.com -  ‘Apabila Dia Hina Cakap Saya Dahagakan Publisiti, Ia Sangat Kelakar..’ - Dato Aliff Syukri Beri Respon Pada Ali Puteh

“Kalau betul tak puas hati, datang bersemuka dengan saya. Bukan dengan cara nak hina. Tujuan saya hanya nak membantu. Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan saya. Sekarang ini nampak saya pula yang bersalah dan punca kepada apa yang berlaku.

“Apa pun, tunggu sidang media saya yang akan dibuat esok. Saya akan jelaskan segalanya. Berhenti menghina dan menyalahkan saya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box