Awal Pagi Buta Kelihatan Wanita Berjalan Mendukung Anak Dan Suaminya Tolak Motosikal Di Jalan

Awal Pagi Buta Ternampak Wanita Berjalan Mendukung Anak Dan Suaminya Tolak Motosikal Di Jalan.. Hai semua, cerita yang saya nak ceritakan ni cerita yang pernah saya alami baru-baru ni,Pernah sekali saya pulang lewat malam, jam 4 pagi. Di tepi jalan, ada seorang wanita berjalan sambil mendukung anaknya dan suaminya berada tidak jauh di depan menolak motosikal.sajagempak.com - Awal Pagi Buta Ternampak Wanita Berjalan Mendukung Anak Dan Suaminya Tolak Motosikal Di Jalan

“Ini mesti kes kehabisan minyak,”.– Kebetulan tidak beberapa jauh di depan ada stesen Shell, lalu saya berpatah balik dan menegur wanita itu.

“Kak, balik mana? Nak tumpang ke?”–“Tak apalah, abang ada di depan tu,” jawabnya yang kelihatan penat mendukung anak yang sedang tidur lena.Terus saya memecut ke depan sambil melihat suaminya, lalu saya menegur suaminya.

“Ini apa kes bang? Habis minyak? Ada Shell di depan tu. Kasihan tengok akak. Apa kata saya tumpangkan akak sampai di Shell supaya mereka boleh tunggu di sana sambil itu saya belikan minyak untuk abang. Abang tunggu sajalah di sini, penat jalan kan?” saya cadang pada dia.

sajagempak.com - Awal Pagi Buta Ternampak Wanita Berjalan Mendukung Anak Dan Suaminya Tolak Motosikal Di Jalan
Gambar hiasan

“Minyak ada sikit lagi, cukup untuk perjalanan balik. Tapi tayar pancit,” katanya.Sekali tengok kat tayar, “Alamak!? Tengah malam buta begini, mana ada workshop buka bang,”–“Tak apalah, pelahan-lahan kami jalan sampailah di rumah nanti,” katanya menolak pelawaan aku sekali lagi.

“Beginilah bang, abang tolak motor ini sampai di Shell. Saya dengan kakak sama anak abang tunggu di sana. Nanti saya sembang dengan tauke Shell itu, motosikal abang simpan di sana. Esok pagi abang datang ambil semula motosikal dengan bawa pomen sekali.

Sekarang, saya hantar abang dan akak pulang dulu. Malam-malam begini, itulah cara yang terbaik bang,” kata saya yang cuba menyakinkan dia.“Tetapi, kami seganlah encik. Itu kereta BMW, kereta mewah. Kami orang susah, kutip kotak cardboard saja,” katanya.

sajagempak.com - Awal Pagi Buta Ternampak Wanita Berjalan Mendukung Anak Dan Suaminya Tolak Motosikal Di Jalan

“Apalah abang ni, time ni tak kiralah semua itu, yang penting akak sama anak dah penat, kita settlekan dulu ye,” balas saya.Sekali saya hantar mereka pulang, punyalah jauh abang ni dari Persiaran Raja Muda Musa sampai ke Pulau Indah. Kalau jalan kaki, memang sampai matahari terbit barulah tiba di rumah. Jadi, nak cerita bab KFC lah, kami lalu KFC Port Klang, anak dia tiba-tiba teriak.

“Abah! Adik nak KFC!” – Lantas si ibu lekas-lekas menutup mulut anaknya.

“Abang dah makan ke belum?”

“Tak apa encik, kami tak lapar,” jawabnya dalam nada segan.Hati jadi sebak, saya terus buat U-Turn dan berhenti di KFC. Bawa si kecil masuk dan memesan makanan. Manakala ibu bapanya tunggu di dalam kereta.

“Adik nak makan apa?”—“Abang kita suka ayam,” katanya

Aduhai, rupa-rupanya ada abang seorang lagi di rumah pun belum makan. Jadi saya pesan satu tong besar ayam goreng, kentang, roti dan Pepsi sebotol besar. Bila masuk balik kereta, ibu bapanya terharu sungguh melihat tangan kami penuh dengan plastik KFC.

sajagempak.com - Awal Pagi Buta Ternampak Wanita Berjalan Mendukung Anak Dan Suaminya Tolak Motosikal Di Jalan

Sampai di rumah, saya hulurkan wang RM300 pada lelaki itu, buat ganti tayar dan isi minyak motosikal. Selebihnya buat duit dapur bagi isterinya.Saya juga memberikan alamat kedai saya agar dia boleh datang ke sana untuk mengambil kotak cardboard yang bertimbun-timbun tingginya hingga ke siling.

Kalau dijual di kedai, boleh dapat RM1,500. Wang itu saya bagi saya taklah seberapa tetapi pada mereka, ianya besar dan memang rezeki mereka. Saya beritahu mereka, saya halalkan saja.

Mungkin hari ini hari mereka. Esok hari saya pula. Kita ni jika ingim membantu jangan tengok pada warna kulit. Bantu kepada sesiapa saja yang memerlukan.

Semoga sikap saling bantu membantu akan terus kekal di kalangan masyarakat kita sampai bila-bila.

Facebook Comments Box