Awas Muka Jadi Pinkish Selepas Pakai Produk, Kemungkinan Mengandungi BENDA lNI

Pada zaman sekarang, pelbagai jenis produk kosmetik yang tumbuh bagai cendawan berada di pasaran dari masa ke semasa. Lambakan produk ini membuatkan pengguna mempunyai pilihan yang banyak namun malangnya tidak semua produk tersebut bagus untuk dipakai.sajagempak.com - Awas Muka Jadi Pinkish Selepas Pakai Produk, Kemungkinan Mengandungi BENDA lNI

Apa yang menakutkan adalah terdapat banyak produk-produk ciplak atau yang tidak diiktiraf yang dijual demi keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya terhadap pengguna.

Dipetik daripada laman Facebook Public Health Malaysia, awas sekiranya kulit anda bertukar menjadi pink kemerah-merahan selepas memakai produk kosmetik kerana dikhuatiri ia mungkin mengandungi steroid.

sajagempak.com - Awas Muka Jadi Pinkish Selepas Pakai Produk, Kemungkinan Mengandungi BENDA lNI

Steroid yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menipiskan dan mencerahkan kulit seawal 2 minggu.

Kulit yang nipis mendedahkan lapisan bawah kulit yang mempunyai saluran darah kepada udara, menyebabkan kulit kelihatan merah dan pink.

sajagempak.com - Awas Muka Jadi Pinkish Selepas Pakai Produk, Kemungkinan Mengandungi BENDA lNI

Kesannya, ia bukanlah satu kecantikkan, sebaliknya kompilasi kulit yang teruk yang menyebabkan kulit wajah anda rosak. Segera berjumpa doktor dan pakar untuk nasihat dan rawatan selanjutnya.

sajagempak.com - Awas Muka Jadi Pinkish Selepas Pakai Produk, Kemungkinan Mengandungi BENDA lNI

Bagi mengelakkan anda menggunakan produk kosmetik yang merbahaya seperti ini, sila semak produk anda di laman sesawang NPRA.

Kredit: Public Health Malaysia

Facebook Comments Box