Bahaya Mencelup Teh Uncang Terlalu Lama, Lebih 3 Minit

Anda semua mesti pernah minum teh bukan? Pada masa sekarang, tidak dinafikan terdapat pelbagai jenis teh yang dijual dan mudah didapati di pasaran tempatan.sajagempak.com - Bahaya Mencelup Teh Uncang Terlalu Lama, Lebih 3 Minit

Teh sememangnya telah diakui di seluruh dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Malangnya, beberapa ketika yang lalu kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.

Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang. Namun, kita harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri, cuma kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.

sajagempak.com - Bahaya Mencelup Teh Uncang Terlalu Lama, Lebih 3 Minit
Gambar Hiasan

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh.

Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang teh daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, agar teh lebih tahan lama.

Masalahnya, klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, manduI dan banyak lagi.

sajagempak.com - Bahaya Mencelup Teh Uncang Terlalu Lama, Lebih 3 Minit
Gambar Hiasan

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 hingga 5 minit, klorin akan larut bersama dan banyak khasiat teh akan ‘hilang’ akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman.

Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit.  Selepas itu angkat dan buang dari gelas/cup.

Facebook Comments Box