Bakal Isteri Kerja Di Pasaraya, Lelaki ‘Diberus’ Netizen Gara-gara Berniat Mahu Berhenti Kerja Selepas Kahwin Dan Ditanggung Isteri

Pada masa sekarang, hampir kesemua mereka yang bekerja terutamanya di sektor swasta mempunyai masalah kewangan, ada yang diberhentikan kerja, diarahkan bercuti tanpa gaji, tiada OT dan sebagainya.Bakal Isteri Kerja Di Pasaraya, Lelaki ‘Diberus’ Netizen Gara-gara Berniat Mahu Berhenti Kerja Selepas Kahwin Dan Ditanggung Isteri

Kebanyakan orang kadang-kadang terpaksa membuat lebih daripada satu kerja untuk terus menampung sara hidup diri dan keluarga masing-masing tanpa mengira orang yang sudah berkahwin mahupun yang bujang.

Pendek kata, hampir semua orang berusaha mencari inisiatif sendiri untuk mencari rezeki namun berlainan dengan seorang lelaki ini. Baru-baru ini tular mengenai seorang lelaki yang berimpian untuk berhenti kerja apabila kahwin nanti dan bergantung sepenuhnya kepada ‘bakal’ isterinya.

“Bakal isteri saya kerja pasar raya, gaji RM1,200. Patut ke saya kerja lagi?” soalnya, sehingga postingnya itu menjadi tular di media sosial.

Persoalan seorang pemuda menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Bakal Isteri Kerja Di Pasaraya, Lelaki ‘Diberus’ Netizen Gara-gara Berniat Mahu Berhenti Kerja Selepas Kahwin Dan Ditanggung Isteri

Timbul pelbagai reaksi terutama kecaman dan lelaki berkenaan dikritik kerana menggambarkan gaji RM1,200 adalah mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi. Antara komen-komen netizen yang memberikan pendapat masing-masing:

“Kepada bakal isteri eloklah tarik diri jangan kahwin dengan lelaki pemalas ni. Kalau kau tak mintak cerai, kau menyesal nanti,” komen seorang netizen.

“Baru bakal isteri belum sah lagi, dah plan nak pencen,”

“Isteri tanggung suami ke zaman sekarang? Patutlah banyak perempuan lagi sanggup hidup single,” tulis seorang wanita.

Tidak kurang juga ada yang berang dengan pertanyaan lelaki berkenaan yang disifatkan sebagai manusia pemalas dan hanya mementingkan diri sendiri.

“RM1,200 tu nak makan apa lepas bayar komitmen? Ubi kayu? Telur ayam? Pasir? Belum kira perbelanjaan anak-anak lagi. Boleh tanya patut ke kerja lagi? Baik tak payah kahwin kalau kemudian menyusahkan orang,” ujar netizen dengan nada kesal.

“Tak payah kerja, kahwin pun tak payahlah bang,”

“Tak payah kerja. Kau jadi biawak hidup je la. Eh sakit pulak hati,”

 

Facebook Comments Box