Seorang tukang gunting di Pakistan menarik perhatian ramai apabila menggunakan kaedah unik untuk memotong rambut pelanggannya.
Berbanding amalan di salun dan kedai gunting lain, Ali Abbas menggunakan blowtorch (penyumpit gas), tukul, pisau pemotong daging, papan pemotong dan serpihan kaca.
Ali Abbas bergantung dengan alat itu dan kaedahnya terbukti menarik pelanggan ke kedainya di bandar Lahore.
Ketika melakukan pemotongan hujung rambut, Abbas menggunakan blowtorch yang akan membakar hujung rambut pelanggannya.
Tidak cukup dengan itu, dia menggunakan pisau pemotong daging dan papan pemotong.
untuk memotong rambut individu yang berkunjung ke kedainya.
Selain itu, lelaki ini dilihat menggunakan serpihan kaca untuk menipiskan rambut pelanggan.
“Saya fikir saya harus melakukan sesuatu yang berbeza untuk menarik lebih ramai pelanggan.
“Pada mulanya, saya mencubanya pada rambut tiruan, kemudian saya melatih diri untuk beberapa lama sehingga saya yakin menggunakannya pada pelanggan dan mereka sangat menyukainya.
“Terdapat maklum balas yang sangat baik daripada pelanggan saya, yang pada awalnya cukup takut,” kata Abbas kepada AFP.
Abbas mengenakan bayaran 2,000 rupee (RM114) untuk kaedah unik itu, manakala 1,000 rupee (kira-kira RM57 lagi) untuk potongan selanjutnya menggunakan gunting.
Lelaki itu mengatakan dia juga menerima permintaan daripada pelanggan wanita untuk gaya tambahan dengan caj 500 rupee (RM28).
VIDEO:
Tukang gunting itu juga semakin popular sejak sejak tampil dalam program di televisyen dan penggambaran fesyen.