Baling Kad Laporan Dan Pijak Berkali-kali, 5 Orang Pelajar Dibuang Sekolah

Lima pelajar sekolah menengah di Lombok Timur, Indonesia dibuang sekolah selepas video yang dimuat naik di TikTok tular menunjukkan aksi ‘kurang ajar’ mereka membuang dan memijak kad laporan prestasi mereka.sajagempak.com - Baling Kad Laporan Dan Pijak Berkali-kali, 5 Orang Pelajar Dibuang Sekolah

Portal Tribunnews melaporkan, kelakuan pelajar sekolah SMP 1 Suela itu menimbulkan kemarahan guru mereka yang melabel tindakan itu seolah-olah menghina institusi pendidikan negara.

Video TikTok itu dimuat naik pelajar itu sendiri menunjukkan aksi biadap mereka membaling kad laporan mereka ke tanah dan memijaknya berulang kali.

Sebahagian kecil guru yang mengajar pelajar itu menyatakan mereka terkesan dengan tindakan itu yang menunjukkan pelajar tidak berterima kasih kepada guru yang penat lelah mengisi kad laporan mereka.

Seorang guru bahasa Inggeris di SMP 1 Suela, Ahmad Riadi Ahyar yang memberi komen mengatakan guru harus berhati-hati mengisi kad laporan pelajarnya.

Ini kerana sebarang pembetulan tidak dibenarkan menggunakan pen cecair pembetulan mengikut sistem sekolah di sana.

Guru itu turut mengakui dia begitu emosi melihat video TikTok anak muridnya melakukan aksi itu.

sajagempak.com - Baling Kad Laporan Dan Pijak Berkali-kali, 5 Orang Pelajar Dibuang Sekolah

Pihak sekolah mendapat tahu mengenai video itu selepas salah seorang daripada lima pelajar itu melaporkan aksi itu kepada guru mereka.

Kejadian itu kemudiannya dibincangkan dalam kalangan guru dan pengetua sekolah.

Pada 20 Disember, sekolah menghantar surat kepada kelima-lima pelajar untuk datang ke sekolah pada keesokan harinya.

Sekolah kemudian memutuskan untuk ‘mengembalikan’ pelajar kepada ibu bapa mereka dan meminta mereka mencari sekolah lain.

Pelajar berkenaan dibuang sekolah serta-merta kerana logo dan identiti sekolah itu ‘dipijak’ oleh mereka. – Harian Metro

 

 

Facebook Comments Box