‘Banyaknya Bagasi! Habis Semua Benda Dia Sumbat, Siap Panggil Lori!’ – ‘Maid’ Kantoi Cuba Mencuri Barangan Di Rumah Majikan. Sebuah rakaman video tular menunjukkan seorang majikan berjaya menangkap seorang pembantu rumahnya yang kantoi cuba membawa lari barang-barang milik keluarga majikannya di dalam banyak bagasi.
Dikatakan pembantu rumah tersebut telah merancang untuk melarikan barang-barang tersebut dengan menggunakan lori bersama-sama rakan-rakannya.
Namun begitu nasib majikannya itu baik kerana beliau sempat balik ke rumah dan melihat bagasi-bagasi yang disumbat dengan harta bendanya oleh pembantu rumah berkenaan.
Video yang dikongsikan di laman Twitter terbabit menunjukkan keadaan di rumah majikan ini yang dipenuhi dengan bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari. Apabila diperiksa, semua bagasi itu disumbat dengan barang-barang milik majikan dan keluarga.
Pada awal video, majikan tersebut telah menyuruh pembantu rumahnya itu membuka semua bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari itu malah turut memberitahu bahawa mereka akan membuat laporan polis dan meminta agar pembantu rumah itu ditahan oleh pihak berkuasa.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka dengan tindakan kejam pembantu rumah itu kerana jika dilihat pada barang-barang yang cuba dibawa lari tersebut menunjukkan hampir kesemua isi rumah ingin dicurinya memandangkan dia dan rakannya menggunakan lori untuk mengangkut semua barang.
VIDEO:
Rumah member..maid plan nk bawak lari barang dengan lori. Pakat dengan kawan2 dia..nasib baik owner sempat balik rumah. Penuh luggage disumbatnya harta benda tuan dia?#update&info?? pic.twitter.com/2NAOImbc9p
— Nanmanjoi?? (@Nannaz17) February 25, 2020
Tidak dapat dipastikan apakah nasib pembantu rumah itu sekarang namun seeloknya biarlah undang-undang yang menghukum.
Yang pastinya, kejadian ini pastikan akan membuatkan majikan ini berasa serik untuk mengambil pembantu rumah lagi.