Bapa Seret Anak Perempuan Di Airport Kerana Enggan Berjalan

“Bila Perempuan Merajuk..” – Bapa Menyeret Anak Perempuan Di Airport Kerana Enggan Berjalan.Seorang bapa dirakam menyeret anak perempuannya menggunakan hud baju dipakai tidak ubah seperti bagasi kecil apabila kanak-kanak itu merajuk dan enggan berjalan selepas mereka turun pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles."Bila Perempuan Merajuk.." - Bapa Menyeret Anak Perempuan Di Airport Kerana Enggan Berjalan

Video lucu itu dirakam pada hari Tahun Baru di Dulles, Virginia, oleh seorang pengunjung lapangan terbang itu yang menunggu ketibaan teman wanitanya.

“Saya menunggu teman wanita di lapangan terbang apabila melihat bapa ini menyeret anak perempuannya menggunakan hud jaket dipakai.

“Budak itu tidak menjerit atau menangis, sebaliknya membiarkan saja perbuatan bapanya. “Pada masa sama, seorang lagi budak perempuan, mungkin adiknya, mengekori mereka kira-kira enam meter di belakang kerana malu,” kata perakam berkenaan.

Video itu menunjukkan lelaki terbabit selamba menyeret anaknya itu manakala sebelah lagi tangan membawa beg pakaian.

"Bila Perempuan Merajuk.." - Bapa Menyeret Anak Perempuan Di Airport Kerana Enggan Berjalan

Kanak-kanak berkenaan nampak rileks dengan kedua-dua tangannya diletakkan atas riba tanpa memprotes apa dilakukan bapanya itu. Adiknya yang mengekor jauh di belakang mereka pula dilihat membawa dua beg galas serta mengheret beg kecil.

Tidak jelas daripada video itu sama ada kanak-kanak terbabit tidur atau terjaga, namun dia langsung tidak bergerak sepanjang rakaman berkenaan.

Facebook Comments Box