Baru 22 Hari Kahwin, Lelaki 78 Tahun Ceraikan Isterinya Yang Berusia 17 Tahun

Masih ingatkan anda beberapa minggu lepas, lelaki berusia 78 tahun menikahi gadis berusia 17 tahun di Indonesia dengan hantaran ‘gempak’ seperti motosikal Honda, tilam dan almari dihantar dengan lori menjadi tular dan menarik perhatian netizen.sajagempak.com - Baru 22 Hari Kahwin, Lelaki 78 Tahun Ceraikan Isterinya Yang Berusia 17 Tahun

Berita terbaru yang diperoleh daripada negara jiran, Abah Sarna dikatakan telah menceraikan isterinya, Noni Novita Handayani selepas 22 hari perkahwinan mereka.

Menurut TribunNews, pasangan tersebut dikatakan sudah berpisah apabila Abah Sarna menceraikan isteri, Noni Novita Handayani yang baru dinikahi 22 hari dengan talak satu.

sajagempak.com - Baru 22 Hari Kahwin, Lelaki 78 Tahun Ceraikan Isterinya Yang Berusia 17 Tahun
Perkahwinan mereka menjadi buah mulut netizen beberapa minggu lepas

sajagempak.com - Baru 22 Hari Kahwin, Lelaki 78 Tahun Ceraikan Isterinya Yang Berusia 17 Tahun

Abah Sarna dikatakan telah menghantar surat talak cerai pada 30 Oktober 2020. Pihak keluarga Noni bagaimanapun tidak berpuas hati dan mempersoalkan sebab penceraian mereka dan mahu perbincangan antara dua mata dengan Abah Sarna.

sajagempak.com - Baru 22 Hari Kahwin, Lelaki 78 Tahun Ceraikan Isterinya Yang Berusia 17 Tahun
Hantaran Perkahwinan

Keluarga Noni memberitahu tindakan Abah Sarna dianggap telah merendahkan keluarga mereka.

“Yang dilakukan pihak Abah Sarna sangatlah merendahkan keluarga kami,” kata kakak Noni.

sajagempak.com - Baru 22 Hari Kahwin, Lelaki 78 Tahun Ceraikan Isterinya Yang Berusia 17 Tahun
Surat Cerai yang dihantar Abah Sarna

Kakaknya memberitahu adiknya tidak berselera untuk makan pada hari dia dapat tahu dirinya diceraikan. Walaubagaimanapun, keadaannya sudah ok pada hari keesokannya.

Dia juga mendedahkan keluarga Abah Sarna tidak setuju dia dikahwinkan dengan Noni meskipun tiada masalah dari pihak mereka.

Facebook Comments Box