Selepas sekian lama tidak kembali ke universiti atau kolej, semestinya ramai para pelajar akan teruja dan bersemangat untuk belajar di kampus mereka masing-masing.
Apa tidaknya, selepas lama tidak bersua muka dengan rakan-rakan dan juga pensyarah di tempat belajar, mesti rindu nak jumpa semula dan banyak benda yang mahu diceritakan atau dikongsikan dengan rakan-rakan.
Namun ada juga kisah lucu yang berlaku selepas para pelajar mula kembali ke kampus tempat tinggal mereka seperti yang berlaku kepada gadis ini. Kisahnya, baru beberapa hari kembali ke asrama di kampus, gadis ini dikejutkan dengan seekor monyet yang telah menceroboh memasuki bilik dan duduk diatas laptop miliknya.
Haa, Siapa yang tak terkejut kalau nampak ada haiwan macam monyet berada di bilik kita bukan? Sudah pasti ramai yang terkejut dan mungkin takut tapi persoalannya, macam mana pula monyet tu boleh masuk?
Rupa-rupanya monyet itu pandai membuka tingkap dan memasuki biliknya selepas membuka tingkap bilik. Mesti monyet ni dah biasa buat kerja macam ni di asrama tu kan. Haha.
Diruangan komen, beberapa pengguna menasihatkan gadis ini agar menutup tingkap dengan baik-baik agar monyet tidak dapat masuk bilik. Beberapa pengguna juga mengatakan kejadian itu adalah perkara biasa yang berlaku di situ.
Antara komen-komen netizen:
Rembat macam-macam benda..
Monyet buat macam rumah sendiri.
Kejadian ini dikatakan berlaku di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang terletak di negeri Selangor.
VIDEO:
Kredit: kentangselamanya_