Baru Nak Pakai Topi Keledar, Lelaki Terkejut Nampak Sekumpulan Lebah Bersarang Di Dalamnya

Seperti yang kita sedia maklum, pemakaian helmet atau topi keledar adalah wajib bagi para pengguna motosikal. Kadangkala, pengguna motosikal akan meninggalkan topi keledar mereka di motosikal jika mereka berasa malas untuk membawanya bersama ataupun mengganggu kerja yang mereka mahu lakukan.Baru Nak Pakai Topi Keledar, Lelaki Terkejut Nampak Sekumpulan Lebah Bersarang Di Dalamnya - sajagempak.com

Namun dinasihatkan jika anda meninggalkan topi keledar di motosikal dan jika mahu menggunakannya semula, seeloknya anda periksa dahulu topi keledar tersebut, takut ada benda asing masuk. Jika tidak anda mungkin akan menerima nasib seperti lelaki ini.

Seorang pekerja kilang berdepan dengan detik mencemaskan apabila nyaris-nyaris kena sengat lebah dalam satu situasi yang langsung tidak diduganya.

Ketika di tempat parkir motosikal dan mahu pulang ke rumah pada jam lebih kurang 4.25 petang, sebaik sahaja lelaki ini mahu memakai topi keledar, dia terkejut besar apabila mendapati sekumpulan lebah bersarang di dalam topi keledar tersebut.

Terkejut dengan kejadian tersebut, lelaki ini segera mendapatkan pertolongan dan kemudiannya, pegawai keselamatan kilang Bakri Hamdin, 55 yang telah dimaklumkan segera menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Alor Gajah untuk bantuan.

Menurut Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam Daerah (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 4.30 petang.Baru Nak Pakai Topi Keledar, Lelaki Terkejut Nampak Sekumpulan Lebah Bersarang Di Dalamnya - sajagempak.com

“Mujur dia tidak terus sarung topi keledar itu, jika tidak mungkin cedera disengat lebah. Terima kasih kepada anggota APM yang menghalau lebah terbabit,” ujar Bakri Hamdin.

Lebah-lebah yang bersarang di topi keledar tersebut kemudiannya dihalau oleh anggota APM dengan asap selepas topi keledar itu dialihkan ke kawasan selamat.

Kejadian tersebut dianggap agak unik kerana menurut PDPA Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom,kebiasaannya anggota APM banyak mengendalikan kes membakar sarang lebah atau tebuan di pokok dan rumah penduduk. Namun kali ini agak unik kerana lebah hinggap di dalam topi keledar.

Operasi selesai pada jam 5.15 petang.

Facebook Comments Box