Baru Pindah Ke Rumah Baru, Keluarga Terkejut Menemui Sarang Ular King Cobra Dalam Rumah Di Bawah Sinki

Biasanya apabila berpindah ke rumah baru, sudah pasti penghuni rumah akan berasa teruja dan gembira untuk mendiami rumah tersebut.

Baru Pindah Ke Rumah Baru, Keluarga Terkejut Menemui Sarang Ular Tedung Dalam Rumah Di Bawah Sinki - sajagempak.com

Namun, apa yang pasti apabila kita berpindah ke rumah lain, seeloknya buat pemeriksaan secara menyeluruh dalam rumah itu bagi memastikan ianya betul-betul selamat dan tiada haiwan yang berbahaya yang menceroboh masuk.

Baru-baru ini, tular mengenai kisah satu keluarga yang berdepan dengan satu pengalaman menggerikan yang pastinya tidak dapat dilupakan ketika berpindah ke sebuah rumah baru.

Baru Pindah Ke Rumah Baru, Keluarga Terkejut Menemui Sarang Ular Tedung Dalam Rumah Di Bawah Sinki - sajagempak.com

Dalam kejadian yang berlaku di Krabi, Thailand itu, selepas berpindah masuk ke rumah yang baru didiami mereka, keluarga ini terkejut apabila menemui ‘tetamu’ yang tidak diduga di dibawah sinki rumah mereka.

Seekor ular tedung selar yang dianggarkan sepanjang 5 kaki dijumpai dibawah sinki dan dipercayai sudah lama berada di dalam sinki bilik air dalam rumah berkenaan. Malahan ular tedung itu juga dikatakan sudah membuat sarangnya di situ.

Baru Pindah Ke Rumah Baru, Keluarga Terkejut Menemui Sarang Ular Tedung Dalam Rumah Di Bawah Sinki - sajagempak.com

Terkejut dengan kehadiran ular tersebut, keluarga ini segera mencari orang bagi mendapatkan pertolongan.Baru Pindah Ke Rumah Baru, Keluarga Terkejut Menemui Sarang Ular Tedung Dalam Rumah Di Bawah Sinki - sajagempak.com

Menerusi video yang dikongsikan, jelas kelihatan ular tedung selar itu dapat dilihat melingkar di sinki rumah.Baru Pindah Ke Rumah Baru, Keluarga Terkejut Menemui Sarang Ular Tedung Dalam Rumah Di Bawah Sinki - sajagempak.com Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan ataupun kejadian yang tidak diingini yang dilaporkan susulan penemuan ular king cobra itu.

VIDEO:

Ular tedung itu kemudiannya berjaya ditangkap dengan selamat dan kemudian dialihkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan manusia.

Facebook Comments Box