Baru Saja Membeli-belah, Pemandu Kereta Myvi Tiba-tiba Merempuh Masuk Ke Pasar Raya

Seorang lelaki telah merempuh pintu masuk sebuah pasar raya dengan menggunakan kereta Perodua Myvi berwarna putih. Kejadian yang berlaku di Tesco Pusat Bandar Puchong itu telah mengejutkan para pengunjung di pasar raya berkenaan.Baru Selesai Membeli-belah, Pemandu Kereta Myvi Tiba-tiba Merempuh Masuk Ke Pasar Raya

Difahamkan pemandu lelaki berusia 64 tahun berkenaan baru sahaja sleepas membeli belah di pasar raya tersebut dan mahu beredar pada jam sekitar 4.30 petang.

Namun kemudiannya ketika memandu, lelaki berkenaan tiba-tiba sahaja tertekan pedal minyak hingga merempuh cermin pasar raya tersebut.

Baru Selesai Membeli-belah, Pemandu Kereta Myvi Tiba-tiba Merempuh Masuk Ke Pasar Raya

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan, ketika kereta Myvi itu mula sedang bergerak, secara tiba-tiba lelaki berkenaan tertekan pedal minyak hingga merempuh cermin pasar raya terbabit.

Pemandu Myvi berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, tetapi seorang lelaki telah kena langgar dalam insiden terbabitBaru Selesai Membeli-belah, Pemandu Kereta Myvi Tiba-tiba Merempuh Masuk Ke Pasar Raya

“Kenderaan itu turut melanggar seorang lelaki berusia 31 tahun yang juga pekerja di restoran makanan segera di pasar raya berkenaan.

Tambahnya lagi, mangsa yang cedera telah dibantu oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.Baru Selesai Membeli-belah, Pemandu Kereta Myvi Tiba-tiba Merempuh Masuk Ke Pasar Raya

Kejadian itu akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Facebook Comments Box