Baru Saja Menyeluk Saku Orang, Lelaki Tergaman Melihat Kamera CCTV Dan Memberi Isyarat Maaf. Banyak kes jenayah berlaku diakibatkan oleh mangsa yang tidak menyangka terdapat orang jahat berhampiran mereka.
Ini kerana penjenayah sama ada perompak mahupun penyeluk saku pandai menyembunyikan niat jahat mereka untuk kelihatan seperti orang biasa yang tidak merbahaya.
Akibatnya mangsa menjadi selesa dengan persekitaran mereka dan kurang berwaspada terhadap orang di sekeliling. Pada ketika inilah penjenayah akan bertindak dan mengenakan mangsa sama ada mangsa sedar atau tidak.
Mujur situasi ini dapat dikurangkan sejak teknologi kamera pengawasan CCTV digunakan secara meluas. Seperti yang berlaku di Arab Saudi, serang remaja kelihatan sedang menyeluk saku individu di hadapannya ketika berada di sebuah kaunter pasar mini.
Dalam video yang telah mencecah 1 juta tontonan, remaja lelaki itu dilihat berjaya mendapatkan dompet individu tersebut. Dia kemudian cuba menyimpan dompet di dalam poketnya.
Pada ketika itulah remaja itu ternampak kamera pengawasan yang dipasangkan di premis berkenaan dan kelihatan terkejut.
Pemuda itu kemudian kelihatan teragak-agak sebelum memberi senyuman pada kamera dan menunjukkan isyarat maaf.
Dia memberikan isyarat minta maaf..
Dia turut mengisyaratkan untuk memulangkan dompet itu sebelum memberikan semua dompet itu kepada pemiliknya. Mangsa juga dilihat berterima kasih kepada penyeluk saku itu kerana menyangka lelaki itu menemui dompetnya yang tercicir.
VIDEO:
He was ready to risk it all until he saw that camera ?? pic.twitter.com/tqJYnU3Hhf
— FATHER D ➐ (@ayosworIdd) January 13, 2020
Reaksi lelaki berkenaan yang berubah dengan pantas selepas ternampak CCTV dan sempat berinteraksi dengan kamera tidak dapat dinafikan mengundang ketawa.
Tau pun takut, hahaha
Sumber : FATHER D