Batu Nilam Terbesar Di Dunia Ditemui Di Belakang Rumah, Nilai Cecah RM422 Juta!

Siapa sangka kerja menggali perigi di belakang rumah akhirnya membawa kepada penemuan benda berharta ratusan juta ringgit? Namun, itulah yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila para pekerjanya yang sedang menggali perigi di belakang rumahnya telah menemui batu berwarna biru pucat secara tidak sengaja yang kemudiannya disahkan sebagai batu nilam terbesar di dunia.sajagempak.com - Batu Nilam Terbesar Di Dunia Ditemui Di Belakang Rumah, Nilai Cecah RM422 Juta!

Insiden yang bersejarah itu berlaku di kawasan Ratnapura yang memang dikenali sebagai lubuk permata dan merupakan bandar permata negara Asia Selatan. Menurut pemilik batu tersebut yang dikenali sebagai Gamesh, pekerjanya telah perasan akan satu batu yang pelik sebelum memberitahunya dan mereka akhirnya menemui batu nilam sebesar itu dan mengeluarkannya.

Namun demi faktor keselamatan, dia tidak mahu mendedahkan lokasi yang tepat dimana mereka menemui batu tersebut, malah dia juga enggan mendedahkan nama penuhnya.

Pihak berkuasa telah diberitahu mengenai penemuan batu nilam yang seberat 510kg tersebut dan dikatakan lebih setahun masa diambil untuk membersihkan kotoran dan lumpur pada batu tersebut sebelum ianya dapat dianalisi dan disahkan oleh pihak berkuasa.

Seorang pakar permata terkenal yang dikenali sebagai Dr Gamini Zoysa memberitahu batu tersebut berkemungkinan terbentuk kira-kira 400 juta tahun lepas.

sajagempak.com - Batu Nilam Terbesar Di Dunia Ditemui Di Belakang Rumah, Nilai Cecah RM422 Juta!

Batu tersebut telah dipindahkan ke sebuah bank di Colombo dan dikawal ketat oleh pengawal bersenjata. Sejak penemuan batu nilam tersebut, Lembaga Permata dan Perhiasan Nasional Sri Lanka (NGJA) memberitahu terdapat ramai bidaan dari luar untuk memiliki batu tersebut termasuklah kerabat diraja dan orang-orang kaya.

Batu nilam seberat 510kg itu dnamakan sebagai ‘Serendipity Sapphire‘ dan nilainya dianggarkan mencecah USD100 Juta atau RM422 ringgit.

“Memandangkan ukuran dan nilainya, kami fikir ia akan menarik pengumpul atau muzium swasta,” kata Ketua Lembaga Permata dan Perhiasan Nasional Sri Lanka, Thilak Weerasinghe. Untuk info, Sri Langka sememangnya merupakan pengeksport batu nilam dan permata berharga yang lain.

Facebook Comments Box