Kisah seorang gadis yang berkongsi detik manis apabila teman lelakinya hadir memperkenalkan diri kepada keluarganya di laman twitter telah mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya.
Dikenali dengan nama akaun kysstnaa, gadis yang berusia 19 tahun itu telah memuat naik gambar dan video teman lelakinya berjumpa keluarganya dan kemudian mengimamkan mereka sekeluarga segera menjadi bualan di media sosial.
Entri dengan tajuk “tengok mama exicted jumpa bakal menantu” itu kini telah mendapat hampir 20 ribu kali ulang kicau dan lebih 50 ribu tanda suka.
Menurut Qies, beliau pada mulanya hanya berkongsikan detik tersebut hanya sekadar untuk menyebarkan kebaikan dan menyeru supaya semua lelaki diluar sana sentiasa bersedia untuk berdepan dengan keluarga teman wanita masing-masing.
Tambahnya lagi, beliau dan teman lelakinya selalu memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing apabila mereka keluar bersama sebelum ini.
Namun kali ini apabila beliau memaklumkan sedang keluar bersama “kawan” tiba-tiba ibunya menghantar mesej melalui whatsapp supaya memperkenalkan “kawan” tersebut kepadanya.
Sejurus lepas memperkenalkan teman lelakinya itu kepada keluarganya, mereka kemudian menunaikan s0lat Fardu Asar sambil diimamkan oleh teman lelakinya itu.
“Bawak balik bf ko mak nak tengok” sekali teman lelaki imamkan solat, terus lulus jadi menantu.
Posted by ApeAjer on Friday, May 22, 2020
Qies yang dikatakan masih tidak percaya dengan apa yang berlaku kepadanya dan teman lelakinya itu turut mendoakan kepada wargamaya yang mendoakan hubungan mereka itu agar segera menemui jodoh masing-masing.
Video yang dimuat naik qies ketika mereka berjemaah itu terus mendapat ribuan komen dari wargamaya.
From
"i nak you jd makmum i"
to
"you jadi imam family i" real quick 😂🥰❤️ pic.twitter.com/5SDfGVMGHb— 𝓆𝓎𝓈 ❧ (@kysstnaa) May 21, 2020
Menurutnya jika kita hendak pasangan yang sempurna, kita perlulah mengubah diri ke arah kebaikan terlebih dahulu dan belajar mengenai soal agama dan adab bersama orang tua, katanya sebelum mengakhiri perkongsiannya.