“Bayangkan Kalau Mereka Parents Korang..” Pasangan Warga Emas Tak Mahu Susahkan Anak, Cari Duit Sendiri Jadi Grab Rider

“Bayangkan Kalau Mereka Parents Korang..” Pasangan Warga Emas Tak Mahu Susahkan Anak, Cari Duit Sendiri Jadi Grab Rider.sajagempak.com - “Bayangkan Kalau Mereka Parents Korang..” Pasangan Warga Emas Tak Mahu Susahkan Anak, Cari Duit Sendiri Jadi Grab Rider

Kata orang, pada usia tua sepatutnya kita dah patut rehat dan goyang kaki. Menikmati hari tua sambil bermain dengan cucu dan dah tak perlu risau pasal perbelanjaan sebab selalunya anak-anak yang berikan.

Tapi, baru-baru ini satu pasangan warga emas viral lepas kisah mereka dikongsikan oleh seorang pemilik restoran di Thailand. Pasangan ini membuktikan usia bukanlah penghalang untuk mereka berhenti bekerja dan masih mampu untuk mendapat wang hasil titik peluh sendiri.

Pemilik restoran sushi di Hatyai baru-baru ini terkejut apabila makanan yang dipesan oleh pelanggan melalui aplikasi GrabFood itu diambil oleh ‘rider tua‘. Biasanya kita lihat rider ni orang muda-muda tapi pasangan warga emas ini pula yang tiba depan kedai sushi tu.

sajagempak.com - “Bayangkan Kalau Mereka Parents Korang..” Pasangan Warga Emas Tak Mahu Susahkan Anak, Cari Duit Sendiri Jadi Grab Rider

Rupa-rupanya mereka telah mendaftar untuk menjadi rider GrabFood dan menghantar makanan kepada pelanggan. Menurut mereka, tujuan sebenar adalah kerana mahu berdikari dan tidak sanggup membebankan anak-anak mereka beri belanja.

Kata mereka, setiap hari mereka akan membuat penghantaran di mana suami akan mengambil makanan dari restoran dan menunggang motor. Manakala si isteri pula akan bantu bungkus dan susun makanan dalam bag penghantaran tersebut.

Pemilik restoran sushi itu kemudian mengambil peluang untuk berkongsi kisah pasangan ini dengan gambar mereka di Facebook untuk memberi inspirasi kepada orang ramai.

sajagempak.com - “Bayangkan Kalau Mereka Parents Korang..” Pasangan Warga Emas Tak Mahu Susahkan Anak, Cari Duit Sendiri Jadi Grab Rider

Pasangan ini membuktikan meskipun mereka sudah tua namun azam dan kesungguhan mereka untuk hidup berdikari menjadikan ianya tidak mustahil.

Comelnya… Harap pasangan ni sihat selalu dan selamat di jalanan…dan dimurahkan rezeki selalu.

Sumber : Klmenjerit

Facebook Comments Box