Bayi Baru Dilahirkan Memegang Erat Alat Cegah Hamil Digunakan Oleh Ibunya

Bayi Baru Dilahirkan Genggam Alat Cegah Hamil Digunakan Oleh Ibunya
 Bayi Baru Dilahirkan Genggam Alat Cegah Hamil Digunakan Ibunya

HANOI – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam didakwa menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.

Wanita terbabit yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak sebelum ini dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu.

Ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan. Pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.

“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.

 Bayi Baru Dilahirkan Genggam Alat Cegah Hamil Digunakan Ibunya

Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.

Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.

Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.

Antara komen-komen Netizen:

Hazirah Hj Hamzah:
Pakai benda ni la gelisah siang malam. Trauma dengan baby high demand. Financial family pun tak stabil. Anak pun kena fokus pada kesihatan dia dulu. Finally tukar kepada kaedah perancang yang paling berkesan sekali. Tiada lagi gelisah

Zaidi Awang:
Allah nk tunjuk..jika Allah berkehendak..walau dikumpul seluruh teknology..takkan mampu menghalang..namun usaha ttp kna usaha..keputusan akhir Milik Allah.

Kamarul Afiq As-Subanji:
Lucu betul. Kalau dah rezeki, siapa untuk kita menolaknya. ?

Ismadi Mustafa:
Luar biasa.. Dari dalam rahim dah dpt mainan.. Pandai genggam ye.. Alahai.. Comel baby..

Siti Hajar:
Betul.. Kita hanya merancang allah jua yg menentukan.. Ini terjadi pada diriku.. Skarang ank dah besar.. 17 tahun… Alhamdulillah tiada apa yg terjadi… Setiap minggu jumpa pakar sampai ank dilahirkan.. Kenangan yg tk dapat dilupakan..

Sumber: Sinar Harian

 

Facebook Comments Box