Bayi Berusia 16 Bulan Tapi Sudah Mempunyai Berat 27kg, Setara Kanak-kanak 8 Tahun

Tular mengenai seorang bayi berusia 16 bulan tetapi sudah mempunyai berat yang luar biasa iaitu 27kg. Bayi yang dinamakan sebagai Muhammad Kenzi Alfaro mulai viral di media sosial apabila video ibunya menguruskannya di rumah mereka di Bandung.Bayi Berusia 16 Bulan Tapi Sudah Mempunyai Berat 27kg, Setara Kanak-kanak 8 Tahun

Si ibu yang dikenali sebagai Pitriah berkata, badan anaknya terlalu besar sehingga kereta sorong bayi juga tidak cukup kuat untuk menampung beratnya. Malah, Muhammad Kenzi juga hanya muat memakai lampin bersaiz 3XL dan kadangkala terpaksa dipakaikan pakaian bapanya.

“Badan ayahnya juga kecil. Pakaian ayah hanya muat untuknya, kadang-kadang juga dipakai pada anak saya,” kata Ibunya.Bayi Berusia 16 Bulan Tapi Sudah Mempunyai Berat 27kg, Setara Kanak-kanak 8 Tahun

Lampin yang dibeli di pasaran juga tidak ‘cukup kuat’ hinggakan Muhammad Kenzi hanya menggunakannya ketika waktu malam semasa tidur selain untuk menjimatkan wang mereka. Ibu bapa Muhammad Kenzi juga berdepan dengan kesukaran mencari lampin bersaiz 3XL yang tidak banyak dijual di pasaran berdekatan dan mereka kadangkala terpaksa memakaikan lampin bersaiz 2XL untuk anak mereka.Bayi Berusia 16 Bulan Tapi Sudah Mempunyai Berat 27kg, Setara Kanak-kanak 8 Tahun

Difahamkan purata berat bayi lelaki berusia 16 bulan adalah kira-kira 10kg dan Muhammad Kenzi mempunyai 17kg lebih daripada purata bayi seusianya. Dengan berat sebanyak 27kg, Muhammad Kenzi mempunyai berat yang sama dengan purata kanak-kanak yang berusia 8 tahun

Difahamkan sekarang ini, Muhammad Kenzi dilaporkan sedang menjalani pemeriksaan rutin di Hospital Hermina Bekasi, Jawa Barat, sebagai usaha menurunkan berat badan bayi dan juga pemeriksaan jika bayi berkenaan mempunyai sebarang masalah kesihatan.Bayi Berusia 16 Bulan Tapi Sudah Mempunyai Berat 27kg, Setara Kanak-kanak 8 Tahun

Menurut Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, pihaknya akan sentiasa memantau keadaan Muhammad Kenzi.

Facebook Comments Box