Bekas Kekasih Jadi Pengapit, Pengantin Wanita Menangis Macam Kena Histeria

Bekas Kekasih Jadi Pengapit Pada Majlis Pernikahannya, Pengantin Wanita Menangis Macam Kena Histeria.sajagempak.com -   Bekas Kekasih Jadi Pengapit, Pengantin Wanita Menangis Macam Kena Histeria

Tular baru-baru ini video menunjukkan seorang pengantin perempuan menangis seperti terkena histeria apabila mengetahui bekas kekasihnya datang ke majlis pernikahannya dan menjadi pengapit.

Berdasarkan rakaman, pengantin perempuan itu pada mulanya berdiri bersama sekumpulan pengiring pengantin dengan memakai kebaya hitam.

Keadaan yang pada mulanya tenang tiba-tiba bertukar menjadi gamat apabila pengantin perempuan menoleh ke belakang dan melihat bekas kekasihnya sedang memegang payung, menjadi pengapit kepada pengantin lelaki.

sajagempak.com -   Bekas Kekasih Jadi Pengapit, Pengantin Wanita Menangis Macam Kena Histeria

Oleh kerana kerana tidak dapat mengawal emosi, pengantin perempuan itu menangis sekuat hati seperti terkena histeria.

Menurut laporan, pengantin perempuan itu terpaksa berkahwin dengan lelaki lain selepas hubungannya bersama teman lelaki tidak mendapat restu daripada keluarga.

Video yang tidak diketahui lokasinya itu kini menjadi tular di laman sosial dengan pelbagai reaksi berbeza daripada netizen.

VIDEO:

Berikut adalah beberapa komen dari netizen mengenai video tersebut:

sajagempak.com -   Bekas Kekasih Jadi Pengapit, Pengantin Wanita Menangis Macam Kena Histeria

Sumber: ERA.JE

Facebook Comments Box