Bekas Pemain Bola Tampar Wanita Kini Sah Menjadi Lelaki

Selepas 28 tahun, bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia menarik nafas lega apabila boleh menggunakan nama baharu lelakinya iaitu Aprilio Perkasa Manganang.sajagempak.com - Bekas Pemain Bola Tampar Wanita Kini Sah Menjadi Lelaki

Ia selepas permohonan menukar nama daripada Aprilia Santini Manganang kepada nama baharu itu diluluskan Mahkamah Negeri Tondano.

Ia diputuskan Majlis Hakim, Nova Loura Sasube dalam prosiding menukar nama, jantina dan dokumen kependudukan, yang berlangsung secara maya pada Jumaat.

Selain menukar nama, Majlis Hakim juga meluluskan permohonan perubahan jantina dalam aspek perundangan.

sajagempak.com - Bekas Pemain Bola Tampar Wanita Kini Sah Menjadi Lelaki

Hakim meluluskan permohonan pertukaran jantina dari wanita kepada lelaki berdasarkan keterangan saksi, ahli dan bukti.

“Memutuskan permohonan Aprilia Santini Manganang mengubah jantina wanita kepada lelaki,” katanya dalam portal Kompas.

Berhubung isu kependudukan, Nova turut memerintahkan pejabat sekretariat mahkamah mengirimkan salinan keputusan kepada Pejabat Penduduk dan Pendaftaran Awam Daerah Sangihe.

Katanya, prosedur itu bertujuan supaya berlaku perubahan maklumat mengenai Aprilia secara menyeluruh.

“Memerintahkan kepada Pejabat Penduduk dan Pendaftaran Awam Daerah Sangihe untuk mencatat dalam pendaftaran berkaitan perubahan jenis jantina dan permohonan Aprilia daripada wanita kepada lelaki,” katanya.

sajagempak.com - Bekas Pemain Bola Tampar Wanita Kini Sah Menjadi Lelaki

Individu itu dilahirkan semula jadi sebagai lelaki, namun mengalami hipospadia atau kelainan pada organ reproduksi.

Berikutan peralatan perubatan yang terhad ketika itu, dia dikenal pasti memiliki alat kelamin perempuan dengan bersandarkan kepada ciri fizikal.

Dia juga tidak menjalani pemeriksaan lanjut kerana masalah kewangan keluarga hingga akhirnya tercatat jantina perempuan pada sijil kelahirannya serta kad pengenalannya.

Selepas bersara daripada sukan bola tampar, dia menyertai Tentera Nasional Indonesia (TNI). Bagaimanapun, kakitangan TNI mendapati ada yang tidak kena pada fizikal individu itu sebelum memintanya menjalani pemeriksaan.

Ia seterusnya membolehkan dia menjalani pembedahan pembetulan jantina.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments Box