Bella Cuma Makan Biskut Dan Milo Tanpa Gula Untuk Langsing Sebelum Kahwin

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Bella Nazari, sekadar menjamah biskut bersama minuman Milo tanpa gula untuk kelihatan langsing pada hari bahagianya, Mac depan.sajagempak.com - Bella Hanya Biskut Dan Milo Tanpa Gula Untuk Langsing Sebelum Kahwin

Mengamalkan cara berkenaan sejak seminggu lalu, selain berpuasa, berat badan pelakon Cinta Bukan Kristal itu mula menunjukkan penurunan.

“Gara-gara hendak berkahwin, kini setiap hari saya makan biskut yang dicecah Milo tanpa gula. Saya bimbang juga kalau baju tidak muat di badan pada hari pernikahan dan persandingan nanti. Saya pula memang tak sempat nak ke gimnasium atau bersenam, jadi kenalah jaga pengambilan makanan.

“Sejak seminggu lalu, saya kehilangan empat kilogram (kg) daripada berat asal, 60 kg. Kalau ada perbincangan mengenai kerja kahwin atau keluar makan bersama tunang pula, saya sekadar mencubit atau tumpang makan daripada pinggan orang lain. Alang-alang, saya juga berpuasa.

sajagempak.com - Bella Hanya Biskut Dan Milo Tanpa Gula Untuk Langsing Sebelum Kahwin

“Saya bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai mengikut diet seperti ini kerana ia agak ekstrem. Malah, ada yang anggap saya buat kerja gila. Sebelum ini, saya ada mencuba cara diet tertentu, namun ia tidak memberikan kesan seperti sekarang,” katanya kepada BH Online.

Bella atau nama sebenarnya Mas Nabiella Nazari juga berkata, hanya selepas berat badannya susut, baru dia bersedia untuk berkongsi gambar terbaru di laman sosial.

“Kalau sebelum ini, saya memang takkan berbuat demikian, sehingga ada yang bertanya ke mana saya menghilang?” katanya.

sajagempak.com - Bella Hanya Biskut Dan Milo Tanpa Gula Untuk Langsing Sebelum Kahwin
Bella dan Iqbal Kamarudin bertunang pada Oktober tahun lalu dan akan bernikah pada 7 Mac depan, di Perlis.

Mereka akan diraikan dalam majlis resepsi sehari selepas akad nikah, diikuti sebuah lagi acara keraian di Bangi, Selangor, pada 21 Mac.

sajagempak.com - Bella Hanya Biskut Dan Milo Tanpa Gula Untuk Langsing Sebelum Kahwin

“Ketika ini, semua persiapan hampir sempurna dilakukan, kecuali soal jemputan dan cenderahati.

“Jujurnya, saya memang gementar mengenangkan majlis berkenaan. Setiap malam, saya pasti terfikir apakah ia mampu diadakan dengan sebaiknya? Harapan saya, semuanya akan dipermudahkan,” katanya yang mengenali bakal suami ketika sama-sama mengikuti pengajian di sebuah universiti.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments Box