Belum Pernah Berlaku, Penduduk Kampung Nibong Hangus Bimbang Dengan Kehadiran Buaya Di Kampung Mereka

Penduduk kampung Kampung Nibong Hangus, Kuala Krau digemparkan dengan kehadiran seekor buaya yang naik ke daratan di kampung mereka. Kejadian mengejutkan itu berlaku pada jam kira-kira 6.30 pagi ketia para nelayan mahu turun ke sungai.Belum Pernah Berlaku, Penduduk Kampung Nibong Hangus Bimbang Dengan Kehadiran Buaya Di Kampung Mereka - sajagempak.com ................................ @allheboh. @allhebohmy. @sajaheboh

Kejadian tersebut menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dikalangan penduduk kerana kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku di kampung mereka sebelum ini. Ini merupakan kali pertama buaya naik ke daratan di kampung mereka.

Penduduk dikenali sebagai Mat, 40, berkata kejadian buaya naik ke daratan di kampung itu belum pernah berlaku dan ia menimbulkan kegusaran kepada penduduk dan komuniti nelayan.

“Penduduk menyedari seekor buaya berada berhampiran sampan di dalam parit berhampiran sungai ini.

Belum Pernah Berlaku, Penduduk Kampung Nibong Hangus Bimbang Dengan Kehadiran Buaya Di Kampung Mereka - sajagempak.com ................................ @allheboh. @allhebohmy. @sajaheboh

“Jika lihat pada keadaan perut buaya itu berkemungkinan ia hendak membuat sarang untuk bertelur.

“Tetapi, ada juga kemungkinan ia naik ke daratan disebabkan keadaan air di Sungai Kurau yang penuh akibat hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak ketika dihubungi memaklumkan pihaknya pergi ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penduduk.Belum Pernah Berlaku, Penduduk Kampung Nibong Hangus Bimbang Dengan Kehadiran Buaya Di Kampung Mereka - sajagempak.com ................................ @allheboh. @allhebohmy. @sajaheboh

Pemeriksaan telah dibuat di kawasan tempat video buaya itu dirakam dan mereka telah menemui kesan dan jejak kehadiran reptilia itu, namun mesih berlum berjaya untuk menjejakinya.

“Buaya itu mungkin sudah masuk semula ke Sungai Kurau. Hujan lebat pada awal pagi menyebabkan paras air naik dipercayai menjadi punca buaya itu naik ke terusan di kampung berkenaan.Belum Pernah Berlaku, Penduduk Kampung Nibong Hangus Bimbang Dengan Kehadiran Buaya Di Kampung Mereka - sajagempak.com ................................ @allheboh. @allhebohmy. @sajaheboh

“Kami meletakkan papan tanda amaran bagi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan diminta menghubungi Perhilitan jika terserempak dengan haiwan itu,” katanya.

VIDEO:

Sebelum ini, satu video tular yang berdurasi 26 saat menjadi tular apabila merakamkan seekor buaya berada di daratan berhampiran tempat meletak sampan di Kampung Nibong Hangus, Kuala Krau.

Facebook Comments Box