Berang Keretanya Dilanggar Dari Belakang, Lelaki Berubah Hati Lepas Melihat Beras Berterabur Di Jalan

Seorang Lelaki Merasa Berang Apabila Kereta Mewahnya Dilanggar, Namun Lelaki Berkenaan Berubah Hati Lepas Melihat Beras Berterabur Di Jalan Dan Lelaki Yang Melanggarnya.sajagempak.com - Berang Keretanya Dilanggar Dari Belakang, Lelaki Berubah Hati Lepas Melihat Beras Berterabur Di Jalan

Kemalangan yang berlaku di Filipina melibatkan seorang penunggang motorsikal dan seorang pemandu kereta mewah mendapat perhatian orang ramai.

Kereta yang dipandu Sayd telah dilanggar daripada belakang oleh penunggang motosikal sehingga menyebabkan guni beras yang dibawa bersamanya bertaburan diatas jalan.

Insiden tersebut membuatkan ramai yang bersimpati kerana penunggang motosikal tersebut didakwa seorang nelayan yang memiliki sumber pendapatan yang terhad.sajagempak.com - Berang Keretanya Dilanggar Dari Belakang, Lelaki Berubah Hati Lepas Melihat Beras Berterabur Di Jalan

 

Beras yang dibeli itu adalah satu-satunya sumber makanan untuk anak-anak dirumah. Lebih teruk, nelayan tersebut turut tidak mampu menggantikan kerosakkan kerata yang dialami Sayd.

sajagempak.com - Berang Keretanya Dilanggar Dari Belakang, Lelaki Berubah Hati Lepas Melihat Beras Berterabur Di Jalan

 

Sayd yang pada mulanya marah apabila keretanya dilanggar bagaimanapun merasa kesian apabila dia mengetahui orang yang melanggarnya ialah seorang nelayan miskin. Dia berasa sangat tersentuh apabila melihat beras yang dibawa lelaki nelayan itu berterabur di jalan.

Susulan daripada kejadian itu, Sayd sedikit pun tidak meminta ganti rugi malah memberikan sejumlah wang untuk nelayan tersebut membeli beras yang baru.

sajagempak.com - Berang Keretanya Dilanggar Dari Belakang, Lelaki Berubah Hati Lepas Melihat Beras Berterabur Di Jalan

 

Sebagai seorang bapa, hati Sayd turut tersentuh apabila memikirkan anak-anak yang menunggu di rumah dengan harapan ayah mereka membawa makanan untuk dijamah pada hari itu.

Perkongsian Sayd di Facebook miliknya rata-rata membuatkan netizen tersentuh dan memuji kebaikan yang dilakukannya.

Kredit: Sayd Omar Morales

Facebook Comments Box