Berang Makanan Tak Cukup, Pelanggan Mesej Rider Penghantar Makanan Yang Dia Tak Halalkan Duit Lebih RM2

Tidak dinafikan industri penghantar makanan semakin berkembang dan makin ramai orang yang menggunakan servis mereka lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik sekarang ini.sajagempak.com - Berang Makanan Tak Cukup, Pelanggan Mesej Rider Penghantar Makanan Yang Dia Tak Halalkan Duit Lebih RM2

Baru-baru ini tular kisah seorang rider penghantar makanan yang berkongsikan kisah yang terjadi kepadanya apabila menerima mesej daripada seorang customer.

Perkongsian Lelaki yang dikenali sebagai Khairul Haffendy Othman ini meraih perhatian ramai selepas berkongsi mesej yang diterimanya daripada seorang pelanggan.

Menurut mesej WhatsApp itu, seorang pelanggan memaklumkan dia tidak menghalalkan wang yang telah dibayarnya kerana makanan yang dihantar pemuda itu tidak mencukupi.

sajagempak.com - Berang Makanan Tak Cukup, Pelanggan Mesej Rider Penghantar Makanan Yang Dia Tak Halalkan Duit Lebih RM2

“Dik, kak tak halalkan duit terlebih kak bagi. Sebab makanan tak cukup. Call center pun tak dapat,” tulis pelangan itu kepada Khairul Haffendy.

Tidak cepat melenting, pemuda itu bagaimanapun membalas mesej berkenaan dan menjelaskan dia hanyalah seorang rider dan sama sekali tiada kaitan dengan kerja-kerja penyediaan makanan itu.

sajagempak.com - Berang Makanan Tak Cukup, Pelanggan Mesej Rider Penghantar Makanan Yang Dia Tak Halalkan Duit Lebih RM2

“Kak saya hantar yang mana kedai bagi kak,” tulisnya.

Lebih mengejutkan, Khairul Haffendy turut memberitahu wanita itu bahawa dia sudah menyedekahkan wang sebanyak RM2 yang tidak dihalalkan wanita itu ke tabung sebuah masjid.

“Kak terima kasih kerana tak halal duit RM2 kak tu.

“Duit tu nanti saya masuk tabung masjid kak.

“Saya tak mahu rosak rezeki saya dengan famili,” balasnya.

Kisah rider berhadapan ragam pelanggan sering tular dan meraih perhatian ramai di media sosial.

Bukan sekadar omong kosong, dia selepas itu turut menghantar gambar tabung besi Masjid Sembilang Seberang Jaya, Pulau Pinang sebagai bukti kata-katanya kepada wanita itu.

Paparan perbualan itu kemudiannya turut dimuat naik di Facebook miliknya sehingga meraih hampir 5,000 perkongsian.

Malah, hampir 1,000 komen turut ditinggalkan netizen, rata-ratanya berpihak kepada Khairul Haffendy.

Kata netizen, mereka simpati dengan nasib rider itu dan turut mengutuk keras sikap wanita berkenaan.

sajagempak.com - Berang Makanan Tak Cukup, Pelanggan Mesej Rider Penghantar Makanan Yang Dia Tak Halalkan Duit Lebih RM2

Rider hanyalah penghantar makanan, bukannya individu yang terlibat dalam penyediaan makanan buat pelanggan.

“Kak RM2 je, bukan RM2,000 mahupun 2 juta. Otak kak tu tertinggal kat perhentian bas mana yang terlupa nak fikir benda kecil macam ni?

“Makanan tak cukup? Dia ingat rider tu masak sendiri ke apa?

“Makanan jadi darah daging. Macam mana sakit hati pun, jangan berkira sangat,” tulis beberapa netizen.

Kredit:mStar

Facebook Comments Box