Berjaya Buang 16kg Berat Badan Meskipun Tak Tinggalkan Nasi Dan Ayam Goreng

Seorang Gadis Berkongsikan Kisahnya yang Berjaya Buang 16kg Berat Badan Meskipun Tak Tinggalkan Nasi Dan Ayam Goreng. Pelbagai jenis penyakit berbahaya berisiko dihadapi oleh individu yang memiliki berat badan berlebihan. Memiliki berat badan ideal bukan sahaja buat diri lebih yakin, malah tubuh terasa lebih sihat dan aktif dari sebelumnya.sajagempak.com - Berjaya Buang 16kg Berat Badan Meskipun Tak Tinggalkan Nasi Dan Ayam Goreng

Jika anda sendiri mahu mengurangkan berat badan dan tidak tahu dari mana mahu mulakannya, mungkin boleh cuba cara yang dikongsikan oleh gadis pemilik akaun Twitter Asyuunizam ini.

Dari 80kg Ke 64kg Dalam 6 Bulan

Menurut gadis ini berat asalnya adalah 80kg dan dia berjaya menurunkan 16kg dalam masa enam bulan sahaja! Perkongsian gadis ini telah menarik perhatian ramai dengan 5,600 retweets dan 10,800 tanda suka.sajagempak.com - Berjaya Buang 16kg Berat Badan Meskipun Tak Tinggalkan Nasi Dan Ayam Goreng

Berat mencecah 80kg, mahu pakai baju cantik buat gadis ini nekad turunkan berat badan.
Menerusi perkongsiannya itu, dia memulakan proses diet pada December lalu. Katanya ia seperti trial month dan dia tidak meninggalkan habit pemakanannya semua.

Pada bulan itu dia cuba minum air masak secukupnya, kecilkan jumlah pengambilan nasi dan elakkan makanan berminyak. Namun dia yang gemarkan ayam goreng sukar untuk meninggalkannya dan memilih menikmati menu itu pada waktu makan tengahari.

sajagempak.com - Berjaya Buang 16kg Berat Badan Meskipun Tak Tinggalkan Nasi Dan Ayam Goreng

Pemakanan

Kemudian pada Januari, dia mula selesa dengan apa yang dilakukannya dan berikut adalah cara pemakanan yang diambilnya:

Sarapan (7 pagi hingga 9 pagi): roti wholemeal 2 keping atau telur rebus 2 biji (kuning telur sebiji je).

Makan tengahari (1 petang hingga 2.30 petang): Nasi segenggam bersama ulam dan ayam goreng seketul. Snacking (sebelum Asar).

Senaman dalam sejam setengah antara jam 5 hingga 7 petang. Menurutnya dia lakukan apa saja senaman seperti berlari anak di atas treadmill atau berjoging di luar.

sajagempak.com - Berjaya Buang 16kg Berat Badan Meskipun Tak Tinggalkan Nasi Dan Ayam Goreng

Makan malam dengan roti wholemeal dengan peanut butter tanpa gula. Tambahnya lagi dia turut elak makan makanan ringan, namun kadang-kadang ada juga rasa teringin benda manis membuatkan ada juga dia makan makanan tersebut sedikit.

Makan Nasi Dan Minum Air Teh Hijau

Juga minum air teh hijau tanpa gula setiap hari pagi dan malam untuk penghadaman.

Hasil selepas mengamalkan pemakanan lebih sihat.

sajagempak.com - Berjaya Buang 16kg Berat Badan Meskipun Tak Tinggalkan Nasi Dan Ayam Goreng

Malah dia juga turut mengakui sebagai orang Melayu, sukar untuk meninggalkan nasi jadi tetap makan nasi.

Juga dengan pengambilan air dan tidur yang secukupnya kulit akan lebih glow dan lembap.

Jika gadis ini boleh mengapa tidak anda? Jom cuba untuk lebih sihat! Jom!

Sumber: Asyuunizam via Himpunan Cerita Lawak

Facebook Comments Box