Berjaya Buang 46kg Dengan Bantuan Air Fryer, Wanita Sempat kongsikan Resepi Sedap

Pada masa sekarang, Air Fryer merupakan salah satu peralatan memasak yang digemari oleh hampir semua lapisan masyarakat. Apa tidaknya, dengan menggunakan Air Fryer ini, banyak kerja memasak boleh dilakukan dengan lebih mudah dan senang.sajagempak.com - Berjaya Buang 46kg Dengan Bantuan Air Fryer, Wanita Sempat kongsikan Resepi Sedap

Selain itu ia juga merupakan alat yang disukai oleh ramai para penggemar makanan bergoreng. Salah satu daripada kelebihan air fryer ialah ia boleh membantu kita menggoreng makanan tanpa menggunakan minyak.

Baru-baru ini tular perkongsikan seorang wanita yang bernama Erina Haura berkongsi di akaun Facebook mengenai resepi yang hanya menggunakan Air Fryer tanpa perlu renyah di dapur.

sajagempak.com - Berjaya Buang 46kg Dengan Bantuan Air Fryer, Wanita Sempat kongsikan Resepi Sedap

Dari 92kg turut hingga 46kg

Menurutnya, dia ingin mengubah cara pengambilan pemakanannya yang dari kecil menghidap obesiti fasa ketiga.

Air Fryer bantu buat makanan sihat dan sedap

Sudah setahun dia sudah mempraktikkan pemakanan yang sihat hasilnya amat memuaskan apabila beratnya berkurang dari 92kg kepada 46kg. Bahkan dengan penggunaan Air Fryer banyak membantu dalam membuat makanan yang sihat dan sedap.

sajagempak.com - Berjaya Buang 46kg Dengan Bantuan Air Fryer, Wanita Sempat kongsikan Resepi Sedap
Hilang 46kg

Wanita ini juga sempat berkongsikan sedikit Resepi Muffin Pisang kepada netizen seperti dibawah.

sajagempak.com - Berjaya Buang 46kg Dengan Bantuan Air Fryer, Wanita Sempat kongsikan Resepi Sedap

Bahan-bahan:

Pisang berangan 2 bijik (dilecek)
2.Rolled oat segenggam (oat yg sangat sesuai utk diet)

3. Esen vanilla sikit

4. Almond milk 5 sudu besar

Cara-caranya adalah :

1) Gaul semua sekali bahan-bahan di atas.
2) Masukkan dalam cup, atas saya taburkan coklat sikit (Coklat sihat saya beli diinstagram)
3) Kemudian, bakar suhu 170 15 minit..

sajagempak.com - Berjaya Buang 46kg Dengan Bantuan Air Fryer, Wanita Sempat kongsikan Resepi Sedap

Nota : Kalau nak lagi garing boleh adjust lagi masa.

Sememang Air Fryer ini sangat bagus dan membantu kita memasak dengan lebih mudah, dan juga membantu mengurangkan minyak dalam makanan seperti yang wanita ini lakukan. Tapi diharapkan semoga jika anda membeli Air Fryer ini, janganlah biarkan terperuk kat rumah saja ya, rugi kalau tak guna sebab harga pun bukannya murah.

Facebook Comments