Bersuamikan Lelaki Afrika, Wanita Teruja Kongsi Kisah Balik Kampung Suami

Kalau korang masih ingat, kisah pasangan ini pernah tular pada tahun 2019 dahulu apabila seorang wanita tempatan mengahwini jejaka Afrika dari negara Guinea sebagai suaminya. Meskipun perkahwinan mereka dirasakan agak pelik oleh segelintir orang, namun pasangan ini sentiasa kelihatan bahagia melayari kehidupan berumahtangga.Bersuamikan Lelaki Afrika, Wanita Teruja Kongsi Kisah Balik Kampung Suami

Baru-baru ini, si isteri yang dikenali sebagai Fila Amir berkongsikan kisahnya yang mengikuti suami pulang ke tempat asal suaminya iaitu di Conakry, Guinea.

Nur Afila Amir Rushdi atau lebih dikenali sebagai Fila Amir memaklumkan begitu gembira berada di kampung halaman suaminya, Adama Muhamed Camara apabil dilayan dengan begitu baik.

Walaupun memaklumkan warga disana tidak terkejut pun melihat orang luar di kawasan berkenaan, namun mereka sedikit pelik kerana tidak mengetahui wanita berkenaan berasal dari negara mana.

Bersuamikan Lelaki Afrika, Wanita Teruja Kongsi Kisah Balik Kampung Suami

Meskipun mula-mula  Fila Amir memberitahu yang orang-orang disana teruja melihatnya yang berasal dari Malaysia dan melayan dengan baik kerana mereka sememangnya ramah serta mengalu-alukan kedatangannya.

Menurut wanita ini juga, dia memberitahu di negara tersebut sekarang hanya sesetengah tempat sahaja yang mewajibkan pemakaian topeng muka atau mask. Tambahnya lagi kes positif harian disana juga tidak lagi terlalu tinggi meskipun kes tetap ada. Hanya perlu menjaga diri sendiri bagi mengelakkan sebarang penularan.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Sehubungan dengan perkongsian Fila Amir di Instagram, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa teruja membaca kisah wanita tersebut yang pulang ke kampung halaman suaminya.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Perbezaaan masyarakat dan budaya membuatkan ramai yang tertarik melihat perkongsiannya dan turut sama gembira apabila pasangan ini tetap terlihat sangat romantis walaupun sudah tiga tahun berumah tangga.

Facebook Comments Box