Baru-baru ini tular mengenai kisah seorang anak murid yang bertemu jodoh dengan cikgunya. Kalau ikutkan kisah cikgu kahwin dengan muridnya sudah banyak kali kita dengar atau baca di media-media sosial.
Namun kisah kali ini agak berbeza sedikit seorang murid lelaki dikatakan telah mengahwini gurunya yang 25 tahun lebih berusia daripadanya.
Kisah guru dan muridnya ini menjadi tular di Tiktok menerusi perkongsian daripada akaun @Samballana Bistro. Dalam video yang dikongsikannya memaparkan serba sedikit mengenai kisah mereka.
Antara gambar yang dikongsikan
Dalam video itu, diceritakan dulunya murid lelaki ini sering mengajak cikgunya bergambar bersama mulai tahun 2016, pernah keluar makan dan pada tahun 2020, mereka berdua ni bertemu jodoh dan disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah.
Perkongsian video ini dengan pantas menjadi tular dan rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui perbezaan umur mereka yang berbeza 25 tahun seperti yang terpapar dalam video berkenaan.
Antara komen-komen netizen:
Mungkin jodoh baru lahir..
Kalau marah isteri..
Dah lost contact lama dengan cikgu2 dulu..
VIDEO:
Apa-apapun kita doakan semoga pasangan ini berbahagia melayari alam perkahwinan.
Kredit: Samballana Bistro