Wanita Alami Keadaan Aneh, Bila Ketawa Sahaja Dia Akan Terus Tertidur Tanpa Amaran

Bunyi macam pelik tapi benar! Wanita ini pada luarannya kelihatan normal, namun tahukah anda wanita ini mengalami keadaan sesuatu ‘penyakit’ aneh dimana dia akan tertidur tanpa sebarang amaran, bila ketawa sahaja dia akan tidur. Pelik bukan?Wanita Berpenyakit Aneh, Bila Ketawa Sahaja Dia Akan Terus Tertidur - sajagempak.com

Tidur adalah salah satu rutin yang diperlukan manusia untuk berehat. Bukan sahaja demi kebaikan tubuh malah mental juga. Disyorkan untuk dewasa tidur adalah 7 hingga 8 jam sehari.

Namun begitu, bagi seorang wanita bernama Bella Kilmartin lain pula halnya. Gadis ini mengalami keadaan yang agak pelik apabila dia mudah tertidur tanpa sebarang amaran. Pernah sekali di sekolah, dia tertidur ketika peperiksaan.Wanita Berpenyakit Aneh, Bila Ketawa Sahaja Dia Akan Terus Tertidur - sajagempak.com

Menerusi laporan media luar, Bella Kilmartin didianogsis dengan gangguan tidur kronik yang dipanggil ‘narcolepsy’.

Keadaannya yang tertidur bila ketawa itu juga turut dikaitkan dengan keadaan kelemahan otot secara tiba-tiba yang disebabkan oleh emosi yang kuat. Dalam keadaan Bella adalah ketawa.

Difahamkan apabila dia ketawa, lututnya menjadi lembik, kepala terkulai layu dan seterusnya tertidur.Wanita Berpenyakit Aneh, Bila Ketawa Sahaja Dia Akan Terus Tertidur - sajagempak.com

Difahamkan juga situasi wanita ini yang tertidur bila ketawa boleh mendatangkan bahaya pada nyawanya.

Contohnya dia pernah hampir lemas ketika mandi kolam kerana ketawa. Malah menurutnya dia mengakui kadang-kadang dia tidak sangka sesuatu perkara itu membuatkannya geli hati dan tertawa.Wanita Berpenyakit Aneh, Bila Ketawa Sahaja Dia Akan Terus Tertidur - sajagempak.com

“Banyak kali berlaku keadaan dimana saya menuang cawan yang berisi teh panas ke atas diri sendiri, namun tidak dapat menggerakkan tangan untuk menghentikan teh itu daripada terus mengenai badan saya. Saya tidak dapat mengawal di mana ia akan berlaku, jadi ia amat menakutkan,” cerita Bella.

Bella dilaporkan sedang menjalani terapi bagi membaik pulih keadaan dirinya agar bertambah baik.

Kredit: HCL

Facebook Comments Box