Bosan Suami Asyik Sibuk, Wanita Main Kayu 3 Dengan 300 Lelaki

Disebabkan kesunyian kerana suaminya terlalu sibuk dengan kerja, seorang wanita dari wilayah Jiangsu dekat sini, mengambil kesempatan untuk bermain ‘kayu tiga ‘ dengan 300 lelaki.sajagempak.com - Bosan Suami Asyik Sibuk, Wanita Main Kayu 3 Dengan 300 Lelaki

Portal Kompas memetik laporan eva.vn, wanita dikenali sebagai Zhang itu sudah mempunyai dua anak.

Namun, kemurungan dihadapi menyebabkannya mencari jalan untuk mengisi kesunyian dengan mencari kekasih gelap di media sosial.

Dia dikatakan mula menduakan suaminya itu sejak 2017 selepas membuka akaun palsu di media sosial dengan nama Zhou Mo dan meletakkan statusnya sebagai ibu tunggal bagi menarik perhatian lelaki.

Karakter Zhang yang pandai menggoda memudahkannya mendapat teman lelaki walaupun tidak memuat naik wajah sebenar.

Malah, wanita itu pernah bercinta lebih daripada seorang lelaki dalam satu masa.

Bagaimanapun, Zhang akhirnya mengambil kesempatan untuk menipu lelaki dikenalinya dengan meminjam wang daripada mereka.

Demi mendapatkan apa yang diinginkan, Zhang sanggup mereka-reka cerita untuk meraih simpati dengan memberi alasan dia memerlukan wang untuk membayar sewa rumah, kos rawatan perubatan dan mengurus anaknya.

Taktik itu berhasil dan membolehkannya meraih wang 400,000 yuan (kira-kira RM249,000) daripada kesemua teman lelakinya

Namun, penipuan Zhang terbongkar pada Ogos tahun lalu selepas seorang daripada teman lelakinya melakukan pemeriksaan latar belakang seterusnya membuat laporan selepas mendapati tertipu.

Sebulan kemudian, Zhang ditangkap dan mengaku sudah menghabiskan sebahagian besar wang diperoleh untuk bermain judi dalam talian.

Sepanjang tempoh dua tahun, suami dan anak Zhang tidak tahu apa yang dilakukan wanita itu.

Disebabkan itu, suaminya terkejut tetapi gembira apabila penipuan isterinya terbongkar.

Zhang akhirnya dihadapkan ke mahkamah pada Ogos lalu dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun lima bulan dan denda sebanyak 40,000 yuan (kira-kira RM25,000).

 

Facebook Comments Box