Buat Servis Perkhidmatan Jadi Bapa, Lelaki Laris Dapat Pelanggan Dari Wanita Ibu Tunggal

Buat Servis Perkhidmatan Jadi Bapa, Lelaki Laris Dapat Pelanggan Dari Wanita Ibu Tunggal. Bukan semua dilahirkan dengan nasib yang sama dan ada kalanya ramai yang tidak berkesempatan untuk memiliki ayah.sajagempak.com - Buat Servis Perkhidmatan Jadi Bapa, Lelaki Laris Dapat Pelanggan Dari Wanita Ibu Tunggal

Namun, masalah itu nampak gayanya mungkin dapat dikurangkan apabila terdapatnya perkhidmatan menyewa bapa.

Biarpun kedengaran agak mustahil, namun itulah yang ditawarkan oleh pemandu trak, Jake Orr dari New South Wales, Australia.

Menerusi portal Daily Mirror, Jake dikatakan telah memuat naik iklan di Facebook bagi perkhidmatan tersebut.

sajagempak.com - Buat Servis Perkhidmatan Jadi Bapa, Lelaki Laris Dapat Pelanggan Dari Wanita Ibu Tunggal

Pemuda itu menawarkan perkhidmatan sewa sebagai bapa dengan bayaran 16 Pound Sterling (RM87) sejam.

Dengan bayaran itu, Jake akan mengisi masa dengan mendampingi kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa.

Selain itu Jake juga akan menghadiri semua acara sukan kanak-kanak pelanggan terbabit.

Dalam pakej berasingan, pelanggan juga boleh menempah waktu privasi bersama Jake termasuk makan malam.

sajagempak.com - Buat Servis Perkhidmatan Jadi Bapa, Lelaki Laris Dapat Pelanggan Dari Wanita Ibu Tunggal

Difahamkan, perkhidmatannya itu telah menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggannya termasuk ibu tunggal yang mempunyai anak masih kecil.

Sumber: Daily Mirror

Facebook Comments Box