Baru-baru ini netizen dikejutkan dengan satu video tular memaparkan seekor buaya besar sedang bersantai di muara sungai Linggi Negeri Sembilan. Video tersebut menjadi bualan ramai yang rata-rata terkejut melihat saiz buaya itu yang kelihatan terlalu besar.
Susulan penularan video tersebut, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan mengesahkan video yang ditularkan itu adalah video lama yang diambil lebih kurang empat tahun lepas.
Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata setakat ini mereka masih belum menerima sebarang makluman rasmi berhubung dengan penemuan buaya tersebut, sama ada daripada penduduk tempatan ataupun mana-mana pihak lain.
Walaubagaimanapun, kehadiran buaya di sungai Linggi bukan perkara baru malah sudah menjadi kebiasaan buat penduduk setempat melihat buaya di sekitar sungai terbabit.
“Buat masa ini, kami tidak pernah terima aduan orang terserempak dengan buaya atau ternampak buaya bersidai di sungai beberapa hari ini.
“Walau bagaimanapun, keadaan buaya di kawasan Sungai Linggi ini adalah perkara biasa buat penduduk setempat.
Tambahnya lagi, menurut kajian Perhilitan, buaya tersebut merupakan buaya jenis tembaga. Orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati sekiranya berada di kawasan penempatan buaya.
Video buaya yang ditularkan adalah 4 tahun lepas, jadi tidak mustahil buaya tersebut masih ada lagi di sungai berkenaan dan mungkin sudah menjadi lebih besar.
VIDEO:
Walaubagaimanapun, pihak Perhilitan setakat ini masih belum ada data mengenai saiz buaya terbesar yang pernah ditemui di Sungai Linggi.