Pasangan suami isteri di Kota Tegal, Jawa Tengah berasa bingung dengan anak lelaki mereka yang berusia 3 tahun kerana mempunyai tabiat yang aneh. Hal ini kerana anak lelaki mereka ada tabiat pelik suka makan tanah daripada serpihan tembok simen.
Tabiat pelik anak lelaki mereka ini bermula sejak dia berusia 2 tahun dan mula disedari oleh ibunya ketika dia membiarkan anaknya bermain sendirian di rumah kerana sedang masak.
Masa dia main sendiri di rumah dan saya tengah masak. dan saya nampak dia tengah makan tanah dari pecahan tembok.
Walau bagaimanapun, si ibu masih tidak mengetahui kenapa anaknya suka memakan tanah dan beranggapan bahawa puncanya kerana dia jarang membeli makanan ringan untuk anaknya disebabkan mereka mempunyai masalah kesempitan wang. Suaminya dikatakan hanya bekerja sebagai juruteknik bagi barangan elektronik dan gajinya tidak menentu.
Saya dan suami tak mampu untuk membeli makanan ringan untuk anak kerana kesempitan wang. Kami sekeluarga hanya makan dua kali sehari sahaja.
Ujar si ibu lagi, jika dilarang anaknya memakan tanah, si anak akan menangis tanpa henti. Disebabkan itu, ibu bapanya terpaksa membenarkan anak mereka melakukan tabiat pelik tersebut.
Akibat kerap memakan serpihan tembok berkenaan, kanak-kanak lelaki tersebut mengalami sakit perut, namun si ibu tidak membawanya berjumpa dengan doktor dan hanya memberi ubat sahaja.
Keadaan yang dialami oleh kanak-kanak itu telah mendapat perhatian daripada pihak Perkhidmatan Kesihatan yang kemudian bertindak membawa budak itu ke Hospital Kardinah bersama ibunya menaiki ambulans untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Ketua Pejabat Kesihatan Kota Tegal, Sri Primawati Indraswari memberitahu mereka ingin mencari sebab dan punca kenapa budak lelaki itu gemar memakan tanah.
Kami mencari penyebab. Ini mungkin disebabkan oleh kebiasaan dan mungkin kurang pengawasan dari ibu bapa. Sekiranya anak-anak di bawah umur lima tahun mesti ditemani secara berterusan dan mereka mesti dijauhkan dengan makanan yang tak wajar.
Video penuh :
https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=389450426107479