Budak Lelaki Menemui Fosil Karang Rugosa Berusia 488 Juta Tahun Dari Zaman Paleozoik

Seorang budak lelaki yang sedang menggali tanah di sekitar rumah kediaman mereka telah menemui satu rangka seperti tanduk yang kemudian didakwa sebagai fosil berusia sekitar 251 juta hingga 488 juta dahulu.Budak Lelaki Menemui Fosil Karang Rugosa Berusia 488 Juta Tahun Dari Zaman Paleozoik

Karang yang dijumpai oleh budak itu merupakan karang Rugosa yang wujud antara 251 juta hingga 488 juta tahun pada zaman Paleozoik.

BBC melaporkan ketika penemuan fosil tersebut, budak lelaki yang dikenali sebagai Siddak Singh sedang menggali tanah untuk mencari cacing dan barang seperti tembikar.

Budak Lelaki Menemui Fosil Karang Rugosa Berusia 488 Juta Tahun Dari Zaman Paleozoik

“Pada hari itu, saya ke laman dan hobi saya adalah menggali tanah untuk mencari cacing dan barang seperti tembikar.

“Entah bagaimana, saya terjumpa rangka seperti tanduk dan beranggapan ia adalah gigi, kuku atau sekadar tanduk biasa.

Dia kemudian menunjukkan karang tersebut kepada ayahnya, Vish Sigh yang kemudian terkejut dengan penemuan anaknya.

Budak Lelaki Menemui Fosil Karang Rugosa Berusia 488 Juta Tahun Dari Zaman Paleozoik

“Kami terkejut Siddak menemui sesuatu yang kelihatan ganjil di dalam tanah iaitu karang tanduk dan beberapa kepingan kecil di sebelahnya.

“Keesokan harinya, dia pergi menggali lagi dan menemui ketulan tanah,” katanya.

Budak Lelaki Menemui Fosil Karang Rugosa Berusia 488 Juta Tahun Dari Zaman Paleozoik

“England pada masa itu adalah sebahagian dari Pangea, sebuah daratan benua besar dan ketika itu ia berada di bawah laut,” kata Vish.

Menurut laporan BBC, Vish Singh mendapatkan kepastian kumpulan pakar di media sosial yang memberitahu mereka benda tersebut ialah karang Rugosa, fosil yang dianggarkan berusia diantara 251 hingga 488 juta tahun lampau.Budak Lelaki Menemui Fosil Karang Rugosa Berusia 488 Juta Tahun Dari Zaman Paleozoik

Tambah Vish Singh lagi, penemuan tersebut agak mengejutkan kerana tempat tinggal mereka bukanlah satu lokasi yang fosil lazimnya ditemui orang.

Kredit: Harian Metro

Facebook Comments Box