Budak Mahu Beli Beras Tapi Wang Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Balik Wang

‘Sesungguhnya susah is REAL’ – Budak Mahu Beli Beras Tapi Wang Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Balik Wang.'Sesungguhnya susah is REAL' - Budak Mahu Beli Beras Tapi Wang Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Balik Wang - sajagempak.com

Sekarang  ini, hampir kesemua manusia di muka Bumi ini yang berdepan dengan masalah pandemik dan ramai yang menghadapai masalah kewangan akibat kehilangan sumber pendapatan mereka selama ini.

Bersyukurlah sekiranya sumber pendapatan anda masih maintain dan tidak terjejas, tetapi jangan lupa bahawa semakin hari semakin ramai orang kehilangan kerja, hilang sumber pendapatan dan ditimpa masalah kewangan yang semakin parah.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan satu kisah yang membuatkan ramai sedih dan sebak tentang seorang budak.

'Sesungguhnya susah is REAL' - Budak Mahu Beli Beras Tapi Wang Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Balik Wang - sajagempak.com
Beras

Masa saya nak bayar barang kat kedai runcit, depan saya ada sorang budak tengah nak bayar barang. Budak tu nak beli beras 5 kilo.

Tapi itulah time nak bayar, budak tu tak cukup duit pulak. Last-last budak tu tak jadi beli sebab tak cukup duit. Masa cashier nak pulang duit budak tu saya perasan dia bayar guna duit seringgit-seringgit dan duit syiling.

Saya terus kata kat cashier, takpe saya bayarkan beras budak tu.

'Sesungguhnya susah is REAL' - Budak Mahu Beli Beras Tapi Wang Tak Cukup, Cashier Terpaksa Pulangkan Balik Wang - sajagempak.com
Beras

Lepas tu saya hulur RM10 kat budak tu, saya kata buat duit dia pergi sekolah.

Budak tu ucap ‘terima kasih bang..’, lepas tu dia hilang.

Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap, sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni ??

Sejak 2-3 bulan kebelakangan ni, macam-macam situasi yang menginsafkan berlaku depan mata saya. Sesungguhnya, ‘susah is real’ itu realiti.

Perkongsian Muhammad Yusof yang juga seorang guru itu betul-betul membuka mata netizen mengenai realiti masa sekarang. Semoga kita semua boleh saling bantu-membantu dan jangan biarkan jika mengetahui ada orang dalam kesusahan sampai hendak makan pun tiada duit.

Kredit: Muhammad Yusof

Facebook Comments Box