Bumbung Rumah Runtuh Di Tempat Bayi Sedang Tidur, Ibu Bapa Yang Terkejut Bersyukur Bayi Terselamat

Sesiapa sahaja pasti akan rasa cemas dan takut jika sedang berada dalam rumah, tiba-tiba sahaja ada runtuhan bumbung berlaku tanpa amaran.Bumbung Rumah Runtuh Di Tempat Bayi Sedang Tidur, Ibu Bapa Yang Terkejut Bersyukur Bayi Terselamat - sajagempak.com

Seorang bayi terselamat daripada kejadian menakutkan yang berlaku kepada sebuah rumah Prairieville, Louisiana, Amerika Syarikat.

Dalam kejadian tersebut, bayi berusia 5 bulan yang dikenali sebagai Cannon itu sedang nyenyak tidur dalam bilik manakala ibu bapanya, Courtney dan Kale Buchholtz pula berada di ruang tamu rumah.

Bumbung Rumah Runtuh Di Tempat Bayi Sedang Tidur, Ibu Bapa Yang Terkejut Bersyukur Bayi Terselamat - sajagempak.com

Waktu kejadian, bumbung rumah tempat bayi mereka tidur tiba-tiba runtuh dan menghasilkan bunyi hentaman yang kuat dan mengejutkan ibu bapanya.

Bumbung Rumah Runtuh Di Tempat Bayi Sedang Tidur, Ibu Bapa Yang Terkejut Bersyukur Bayi Terselamat - sajagempak.com

 

Terkejut dan cemas, mereka bergegas berlari kearah bilik bayi mereka untuk menyelamatkannya.

 

Cannon bernasib baik kerana terselamat namun menangis kerana terkena serpihan bumbung yang jatuh. Courtney dan Kale Buchholtz sangat bersyukur kerana bayi mereka tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Bumbung Rumah Runtuh Di Tempat Bayi Sedang Tidur, Ibu Bapa Yang Terkejut Bersyukur Bayi Terselamat - sajagempak.com

Menerusi rakaman video yang dikongsi di Facebook, Cannon sedang nyenyak tidur di katil ketika serpihan pokok itu memecahkan bumbung dan jatuh ke dalam bilik tidurnya.Bumbung Rumah Runtuh Di Tempat Bayi Sedang Tidur, Ibu Bapa Yang Terkejut Bersyukur Bayi Terselamat - sajagempak.com

“Berlari mendapatkan bayi saya yang terkena serpihan pokok merupakan salah satu perkara paling menakutkan yang pernah saya alami,” tulis Courtney dalam status di akaun Facebook miliknya.

VIDEO:

Selepas kejadian itu, keluarga ini bermalam di rumah ahli keluarga mereka yang lain sementara menunggu bumbung dan kerosakan di rumah mereka sudah dibaiki dan selamat untuk didiami semula.

Facebook Comments Box